BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,327.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki warga Kanada mencabul dalam bas

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
cuffs5_1570235606.jpg












LELAKI warga Kanada ditahan selepas dipercayai mencabul seorang wanita warga Australia di dalam sebuah bas ekspres ketika dalam perjalanan di Telupid, dekat Beluran, Rabu lalu.

Kejadian dikatakan berlaku pada jam 1.47 pagi, ketika mangsa berusia 21 tahun duduk di dalam bas terbabit.

Suspek berusia 69 tahun duduk bersebelahan dengannya ketika mereka dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, menurut laporan, mangsa menyedari perbuatan suspek yang didapati memasukkan tangan ke dalam pakaiannya.

“Hasil siasatan awal, mangsa duduk bersebelahan dengan suspek di dalam bas dan menyedari suspek meraba pada bahagian paha dan menyentuh seluar dalamnya.

“Mangsa kemudian bertindak memarahi suspek atas perbuatan yang dilakukannya sehingga berlaku kekecohan sebelum pemandu bas terpaksa menukar tempat duduk suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Ekoran kejadian itu, Kasim berkata, suspek kemudian diserahkan kepada polis sebaik tiba di Sandakan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.








sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/503750/lelaki-kanada-mencabul-dalam-bas
 
Suspek dah sangap sgtni,ingat bole ON..padan muka
 
Mesti malu kaw-kaw uncle tu kat dalam bas.
Orang putih kalau dia marah, dah tak fikir orang sekeliling dah.
 
Back
Top
Log in Register