BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Tersepit Bawah Teksi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
11.09.2024 - Lelaki tersepit di bawah teksi selepas dilanggar kenderaan itu ketika mangsa keluar memeriksa keretanya yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.57 pagi ini sebelum pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA ke lokasi kejadian. Menurutnya, kemalangan membabitkan tiga kereta di mana seorang lelaki berusia 40-an tersepit di bawah teksi dan tidak sedarkan diri.

"Mangsa sebelum itu keluar dari keretanya yang terbabit kemalangan sebelum sebuah teksi terlanggar mangsa menyebabkan dia tersepit di bawah kenderaan itu. "Kerja penyelamatan sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
1726026411337.png
 
Pemandu E-Haling Tersepit Bawah Teksi Meninggal Dunia

11.09.2024 - Pemandu e-hailing yang tersepit di bawah teksi selepas dilanggar kenderaan itu ketika mangsa keluar memeriksa keretanya yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, di sini, disahkan meninggal dunia. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa, Abd Ghani Abd Karim, 57, yang juga pemastautin tetap (PR) berbangsa kemboja bekerja sebagai pemandu e-haling. Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdahulu, Harian Metro hari ini melaporkan lelaki tersepit di bawah teksi selepas dilanggar kenderaan itu ketika mangsa keluar memeriksa keretanya dalam kemalangan berhampiran KLIA Terminal 2, di sini, hari ini.

Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/...e-haling-tersepit-bawah-teksi-meninggal-dunia
 
Innalillahi wainna ilaihi rajiun

Agaknya ALLahyarham Abd Ghani 57 ni awet muda, segak orgnya..

lapuran awal kata magsa 40 an

Dekat 60 org kata 40 an ni...wah...

...................
 
Back
Top
Log in Register