BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki Singapura antara 4 ditahan merusuh guna senjata tepi jalan berhampiran BSI

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


Lelaki Singapura antara 4 ditahan merusuh guna senjata tepi jalan berhampiran BSI

JOHOR BAHRU: Empat lelaki termasuk seorang warga Singapura ditahan selepas terbabit kejadian merusuh menggunakan senjata dan melakukan provokasi terhadap anggota polis trafik.

Kejadian berlaku di tepi jalan sebelum masuk ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, turut tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki menghalang polis trafik menjalankan tugas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Azrul Hisham Mohd Shaffei berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 12.37 tengah malam kelmarin.

"Laporan dibuat seorang pegawai polis di pusat kawalan selepas menerima maklumat orang awam.

"Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham di jalan raya membabitkan tiga lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga asing dengan menggunakan senjata.


Bertindak atas maklumat, polis bersama anggota polis trafik BSI menahan semua suspek berusia antara 25 hingga 46 tahun antara jam 12.15 tengah malam hingga 1.45 pagi kelmarin.

Polis turut merampas satu topi keledar dan sebilah pisau, dengan semakan rekod mendapati dua daripada empat suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah.

"Semua suspek direman tiga hari bermula semalam hingga esok," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh bersenjata dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Artikel ➡️ Berita Harian
 
alahai lembutnya menari2..xde teaser gun ke kasi renjat terus
 
Polis pun takut dgn cina??
Kalau melayu yg buat hal mesti dah kena taze
 
Back
Top
Log in Register