balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
GEORGETOWN - Seorang lelaki di Taman Lip Sin, Sungai Nibong hari ini hanya menyedari objek dibawa pulang dari rumah datuknya di Lenggong, Perak sejak dua tahun lepas sebenarnya sebutir bom.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Mior Faridalathrash Wahid berkata, objek itu ditemui semula pada jam 2.30 petang tadi ketika lelaki berkenaan mengemas barang di rumahnya.
"Dia yang curiga dengan bentuk objek itu menghubungi polis dan sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom telah ke rumah lelaki itu dan siasatan mengesahkan ia adalah bom jenis Illuminating 81mm kaliber," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata bom yang dipercayai masih boleh berfungsi itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
Lelaki berusia 31 tahun itu pada mulanya mahu menjadikan bom berwarna biru muda itu sebagai bekas abu rokok bagaimanapun dia terlupa dan hanya membiarkan objek itu tersimpan di satu ruang di rumahnya, katanya.-Bernama