BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki OKU diperdaya kenalan Wechat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohd Johan (kanan) dan Shafik menunjukkan laporan polis yang dibuat mereka.​

SEGAMAT - Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) di Kampung Genuang, di sini, berputih mata apabila dua telefon bimbitnya dilarikan kenalan wanita, baru-baru ini.

Bapa mangsa, Mohd Johan Joran, 62, berkata, dia tidak menyangka ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap kekurangan anak lelakinya, Mohd Shafik, 27, yang dilahirkan pekak dan bisu itu.

"Walaupun kekurangan, Shafik rajin kerja dan dia sudah tiga tahun kerja di sebuah syarikat pembersihan swasta di Hospital Daerah Segamat (HDS).

"Bagi memudahkan kami berkomunikasi, saya pernah belikannya telefon pintar tetapi Shafik mendakwa telefon bimbit tersebut telah tercicir ketika dalam perjalanan ke tempat kerja," katanya.

Menurutnya, dia dan isterinya, Aspiah Bahran, 59, kemudian sepakat membelikan anak lelakinya itu sebuah telefon bimbit terpakai berharga RM350 di sebuah kedai sekitar bandar Segamat.

Namun, pada 21 April lalu, dia dan isterinya mula curiga apabila anaknya itu gagal dihubungi kerana Shafik ada memberitahunya dia ingin bermalam di rumah rakan di Segamat Baru, di sini, pada malam tersebut.

"Keesokan harinya, saya pergi ke tempat kerja Shafik dan terkejut menemuinya berada dalam keadaan resah dan mendakwa telefon bimbitnya telah dipinjamkan kepada rakan wanita yang baru dikenali melalui aplikasi sosial Wechat.

"Selepas didesak, Shafik memberitahu dia bermalam di kaki lima hadapan rumah sewa kenalan wanitanya itu. Saya kemudian meminta nombor telefon rakan wanitanya itu dan berjaya menghubunginya dengan melakukan penyamaran," katanya.

Menurutnya, anaknya mengakui telefon bimbitnya sebelum ini tidak tercicir sebaliknya diminta gadis berumur 20-an tersebut dan memberikan alasan tercicir kerana takut dimarahi.

Katanya, dia kemudian membawa anaknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk membuat satu laporan polis dan turut meneliti akaun simpanan anaknya kerana bimbang wanita tersebut melakukan pengeluaran daripada akaun bank anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan menerima laporan kejadian dan hasil siasatan, pihaknya berjaya menahan seorang suspek wanita warga tempatan sekitar Segamat Baru.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kemudian mengakui telah menjual telefon bimbit milik mangsa dan kini ditahan reman selama empat hari di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
 
pdn ngn muke...jrg dgr yg curi tepon kne tangkap...nah amik ko..
 
apa la py org... ngan OKU pun buat naya... pompuan murah ni kott
 
Back
Top
Log in Register