BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Kereta Terputus Dua

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
23.02.2020 - Tuaran, Seorang lelaki maut apabila Perodua Kancil dipandu terputus dua selepas merempuh pembahagi jalan dan pokok di Jalan Tuaran-Kota Kinabalu di Kampung Bakut di Tuaran, pagi ini.

Kejadian jam 11.05 pagi itu menyebabkan Azahari Azmi, 22, yang tersepit itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya yang 12 tahun patah tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dari arah Bulatan Berungis Tuaran menghala ke Kota Kinabalu itu hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan sebatang pokok.”

“Akibat rempuhan, kereta terputus dua manakala pemandu tersepit dan mengalami parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia oleh paramedik yang tiba lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, polis juga masih menyiasat sama ada kereta dinaiki dua beradik itu adalah kereta potong atau sebaliknya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.53 pagi dan seramai lapan anggota bergegas ke lokasi bersama dua jentera.

“Mangsa yang tersepit dikeluarkan menggunakan peralatan khas namun disahkan meninggalkan dunia,” katanya operasi tamat jam 1.14 tengah hari.

Screenshot-2480.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/02/547562/lelaki-maut-kereta-terputus-dua
 
Laju sgt bwk keta ni sampai bole terputus dua
 
aku kalau bawak kancil, setakat 140km/j je... pastu kena angin lori bas bergegar
 
Back
Top
Log in Register