BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki maut ditumbuk warga asing

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,660
Points
201
6885.jpeg


Petaling Jaya: Hanya kerana perselisihan faham ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini, seorang lelaki maut selepas ditumbuk warga asing, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, dalam kejadian 1 pagi itu, lelaki warga asing berusia 40-an terlanggar badan mangsa berusia 40-an sebelum berlaku pertengkaran.

Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati selepas mangsa ada menendangnya sedikit menyebabkan dia terus melepaskan tumbukan.

"Akibat tumbukan itu, mangsa terus terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia.

"Susulan itu polis menahan lelaki warga asing terbabit bagi membantu siasatan dan direman sehingga 29 Mac ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Shahrulnizam berkata, rakan mangsa yang terbabit dalam pergaduhan itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.


Kredit ➡️ Harian Metro
 
Ok lepas nie boleh buka bnyk lg club mlm ya hehehe
 
Tak puas hati kena tendang punca lelaki maut ditumbuk warga asing di pusat hiburan PJ


Seorang lelaki maut ditumbuk lelaki warga asing selepas terlibat dalam perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di Sea Park, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.
SEORANG lelaki maut ditumbuk lelaki warga asing selepas terlibat dalam perselisihan faham di sebuah pusat hiburan di Sea Park, Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi, lelaki warga asing berusia 40-an terbabit dikatakan terlanggar badan mangsa berusia 40-an sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.



"Suspek tidak berpuas hati apabila mangsa ada menendangnya sedikit sebelum dia bertindak melepaskan satu tumbukan ke arah mangsa.

"Akibat tumbukan itu mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Selasa.



Shahrulnizam berkata, polis menahan warga asing tersebut bagi membantu siasatan dan direman sehingga Jumaat ini.

Jelasnya, rakan mangsa yang terlibat dalam pertengkaran itu juga ditahan bagi membantu siasatan.

"Hasil bedah siasat mendapati mangsa parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
 
Back
Top
Log in Register