BlackSweater
Freshie
- Messages
- 21
- Joined
- Jan 7, 2010
- Messages
- 21
- Reaction score
- 0
- Points
- 3
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut akibat ditetak oleh seorang daripada empat lelaki yang menyerangnya berhampiran sebuah kedai makan di Kampung Baru, Sungai Buloh di sini awal hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, Lee Yong Lai, 44, yang cedera
parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala, muka dan tangan, mati di
tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Mohd Shukor Sulong berkata kejadian dilapor berlaku ketika Lee baru baru keluar dari kedai makan itu.
"Empat lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna silver
itu menghampiri mangsa dan terus menyerangnya," katanya kepada Bernama di sini
hari ini.
Beliau berkata tiada senjata ditemui di tempat kejadian.
Shukor berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali
keempat-empat suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian
03-79662222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
-Bernama