BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Maut Dalam Kejadian Langgar Lari Selepas Tukar Tayar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Lelaki Maut Dalam Kejadian Langgar Lari Selepas Tukar Tayar​

fae3321568ce41dd489347b4687948496a4c5ed263743

Kredit: PDRM

Seorang lelaki maut dalam kejadian langgar lari ketika mengalihkan tanda amaran selepas selesai menukar tayar kereta di Kilometer 13 Lebuhraya Cheras-Kajang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kejadian kira-kira 10 malam berlaku semasa mangsa warga tempatan berusia 46 tahun yang memandu Toyota Innova berwarna perak yang membawa lima penumpang berhenti di kiri jalan untuk menukar tayar pancit.

“Sewaktu mangsa ke bahagian belakang kenderaan untuk mengalihkan baldi yang diletakkan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya, sebuah Toyota Innova berwarna merah telah merempuhnya.

“Pemandu kenderaan itu terus meninggalkan tempat kejadian dan manga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria menerusi talian 012-3268496 bagi membantu siasatan.

“Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan berhati-hati semasa memandu,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register