BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki maki dan halang penjawat awam bertugas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201


SIARAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

POLIS DIRAJA MALAYSIA

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"


VIDEO TULAR KEJADIAN SEORANG LELAKI BERTINDAK MENGHALANG

PENJAWAT AWAM MENJALANKAN TUGAS.


MENERUSI

PAUTAN

URL:




BERKAITAN JENAYAH DAN HASIL SARINGAN UJIAN AIR KENCING YANG DILAKUKAN KE ATAS SASPEK MENDAPATI SASPEK NEGATIF DADAH.


PIHAK POLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN MEDIA DALAM MENYAMPAIKAN PERKEMBANGAN KES INI KEPADA MASYARAKAT.

(ACP RAUB BIN SELAMAT)

KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

Sumber Ipd JBS
 
a97815cb5ac1f795e6135542724344e3690cb46c41856


Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengingatkan orang ramai agar menghormati setiap penjawat awam yang menjalankan tugas di lapangan, termasuk anggota RELA.

Dalam kenyataan hari ini RELA memaklumkan setiap anggota pasukan itu merupakan penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.

“Justeru sebarang tindakan menghalang, mengugut atau menengking mereka ketika bertugas boleh disiasat mengikut undang-undang yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu susulan insiden tular membabitkan seorang anggota RELA yang ditegur secara kasar oleh orang awam di Terminal Bas Johor Bahru Sentral, Bangunan Sultan Iskandar, baru-baru ini.

RELA memaklumkan kejadian pada Selasa lepas itu berlaku ketika anggota berkenaan sedang membantu mengawal kelancaran pergerakan orang awam dan keselamatan di kawasan terminal berkenaan.

Anggota terbabit telah ditegur secara kasar oleh seorang individu yang tidak berpuas hati selepas diminta mematuhi laluan ditetapkan ketika ingin menggunakan perkhidmatan bas.

Dalam pada itu, jabatan itu turut menzahirkan penghargaan kepada anggota berkenaan yang kekal berhemah dan profesional ketika berdepan situasi tegang tanpa sebarang provokasi.

“Bagi mengekalkan dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di lapangan, latihan serta bimbingan berterusan akan terus diberikan kepada semua anggota,” menurut RELA.

Semalam, polis memaklumkan menahan seorang lelaki berusia 31 tahun yang didakwa terlibat dalam insiden berkenaan

 
Halang, ugut, tengking anggota RELA bertugas boleh disiasat

Kuala Lumpur: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditengking dan diherdik seorang individu di khalayak ramai seperti tular di media sosial disahkan sedang bertugas semasa kejadian berlaku.

RELA menerusi satu kenyataan memaklumkan, anggota terbabit bertugas membantu kelancaran orang awam dan keselamatan di kawasan Terminal Bas Johor Bahru Sentral, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.


RELA memandang serius kejadian yang berlaku dan menegaskan anggotanya juga penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Justeru, sebarang tindakan menghalang, mengugut atau menengking anggota RELA semasa bertugas boleh disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkuat kuasa.

Menurut kenyataan itu, pihaknya menghargai sikap anggota terbabit yang profesional, berhemah dan sabar menangani situasi tegang tanpa sebarang provokasi.

"Bagi mengekal dan mempertingkatkan kualiti anggota RELA bertugas, latihan dan bimbingan yang berterusan akan diberikan sewajarnya.

"Semoga usaha itu meningkatkan keyakinan orang awam dalam mendapatkan perkhidmatan anggota RELA dalam sebarang penugasan ditetapkan," katanya.


Anggota RELA warga emas itu dilihat tidak bertindak balas apabila ditengking lelaki berkenaan sebaliknya meminta individu itu beredar ke tempat lain.

Netizen yang menyaksikan video berkenaan turut meninggalkan komen simpati terhadap `Pakcik RELA' terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kemudian dilapor mengarahkan RELA menyediakan laporan lengkap berhubung insiden berkenaan.
 
Back
Top
Log in Register