oldtbone
Legendary Member

- Messages
- 17,323
- Joined
- May 25, 2012
- Messages
- 17,323
- Reaction score
- 3,695
- Points
- 191
ADIK-beradik bernikah tanpa pengetahuan keluarga mereka. FOTO Agensi
SULAWESI: Seorang bapa di Bulukumbu di sini, berkata, jika hukuman membenarkan, dia mahu merejam anak lelakinya ke dalam laut hingga mati kerana berkahwin dengan adik kandungnya.
Ansar Mustamim, 32, dan adik bongsu dikenali sebagai FI, 20, bernikah tanpa pengetahuan keluarga selepas diwalikan sepupu mereka di Balikpapan, Kalimantan, pada 23 Jun lalu.
Wanita berkenaan yang menjadi isteri kedua abangnya itu, kini hamil empat bulan.
Media Indonesia melaporkan, bapa kandung mereka, Mustamim berkata, dia mahu hukuman setimpal dijatuhkan terhadap dua beradik itu kerana memalukan keluarga dan melanggar ajaran agama.
Tribun News melaporkan, Mustamim merelakan dua anaknya itu dimasukkan ke dalam guni dan dibuang ke dalam laut.
Dua beradik berkenaan meminta izin daripada keluarga untuk melawat Balikpapan pada awal Jun lalu dan berkahwin di sana.
Bagaimanapun, rahsia perkahwinan mereka terbongkar selepas anggota keluarga menerima kiriman gambar dan video akad nikah.
Pasangan terbabit kemudiannya dilapor melarikan diri ke Surabaya, Jawa Timur.
Mereka pada asalnya merancang ke Australia, namun terpaksa membatalkan niat itu kerana sukar mendapatkan visa.
sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/07/472118/lelaki-kahwin-adik-kandung
.
Sumber: Astro AwaniSEORANG lelaki dipercayai telah menikahi adik bongsunya di daerah Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia beberapa hari lalu.
Sebelum berkahwin, Ansar, 32, didakwa menjalani hubungan intim dengan adiknya itu sehingga menyebabkan wanita itu hamil empat bulan.
Sebaik mengetahui perlakuan sumbang mahram itu, isteri pertama Ansar yang hanya dikenali sebagai HE, 28, mengadakan laporan polis meminta pihak berwajib melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.
HE melaporkan kes pernikahan kedua Ansar selepas memperoleh dokumen yang sah daripada ibu dan ayah mertuanya.
AM dan adiknya dilaporkan bernikah di sebuah lokasi di Kalimantan Timur.
Berdasarkan laporan HE kepada polis, kedua beradik itu telah berzina sejak beberapa bulan lalu di luar pengetahuannya.
Kata HE, selama ini dia langsung tidak mencurigai tindak-tanduk suaminya terhadap adik iparnya itu.
Bagaimanapun, HE begitu terkejut selepas menonton video pernikahan suaminya dengan adik kandung sendiri selain surat pengesahan daripada mertuanya.
Kerana kecewa dengan tindakan itu juga, HE memberitahu, dia akan menuntut perceraian daripada suaminya.
“Setelah selesai proses undang-undang (berhubung kes suaminya berkahwin dengan adik sendiri) saya akan meminta cerai," kata HE seperti dilaporkan media Indonesia.
Dalam masa sama, salah seorang ahli keluarga Ansar yang hanya dikenali sebagai RS juga berharap tindakan undang-undang akan ditegakkan dalam kes itu.
Kata RS, dia tidak pasti bagaimana mahu berhadapan dengan kedua-dua adiknya itu.
“Kami keseluruhan tujuh orang bersaudara. Dia (Ansar) anak ketiga bernikah dengan adik bongsu.
"Kami berharap mereka dihukum, seandainya masih berlaku hukum adat maka saya juga meminta itu (hukum adat),” tegasnya.