BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki jumpa bom grenad dalam dekoder Astro

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Lelaki jumpa bom grenad dalam dekoder Astro

KUALA LUMPUR, Feb 6 — Seorang lelaki menemui sebutir bom grenad dalam sebuah dekoder astro terpakai yang baru dibelinya dari seorang lelaki yang tidak dikenali berhampiran Tesco Ampang di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan berkata penemuan bom itu dimaklumkan kepada polis kira-kira pukul 5 petang semalam.

“Lelaki yang berumur lingkungan 20-an itu berminat membeli dekoder terbabit selepas membaca iklan yang ditampal di satu tembok di kawasan berhampiran.

“Melihat pada harga dekoder yang ditawarkan, dia kemudian terus menghubungi nombor telefon yang tertera pada iklan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas kepada Bernama.

Beliau berkata penjual dekoder itu kemudian meminta lelaki berkenaan untuk bertemu dengannya di satu kawasan berhampiran di Tesco Ampang.

“Dekoder itu diletakkan dalam sebuah kotak. Lelaki itu kemudian bertindak memeriksa dekoder itu apabila melihat sesuatu di dalam dekoder berkenaan.

“Dia terkejut dan panik apabila mendapati ia adalah sebutir bom grenad,” katanya.

Abdul Jalil berkata menyedari kejadian itu, penjual dekoder kemudian bertindak melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

“Polis masih berusaha mengesan penjual dekoder itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” kata Abdul Jalil. — Bernama
 
peh....seb baik dia check, lau tak...mau hancur badan dia lau meletup..!
 
apa tujuan dia kasi kat org tu???


baik dia campak jer dlm hutan...
 
fuh..satu cara ni..pasni mesti ramai tiru
 
aku x paham apa motif penjual tu nak letak bom kt dalam decoder tuh...

adakah next step dia akan ugut pembeli....kalau tidak akan diletupkan rumah dorang...
 
grenad apa tu ... 2 pin ke?

images


Grenade = bom tangan
Ada 2000 ball bearing dalam tu yg dah dikompress
5 meter diameter keliling akan musnah kawasan membunuh jika meletup
5 saat masa diperlukan untuk meletup jika pin ditarik bagi activate bom tangan ni.
 
bahaya betul...
 
Back
Top
Log in Register