BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Indonesia Lakukan Kesalahan PSK Individu Pertama Dipenjara Di Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Indonesia Lakukan Kesalahan PSK Individu Pertama Dipenjara Di Malaysia​

fd7ba00f806e779ecf1692622c9f0c946aa92b90ec303

daaa8c73e24ce5eec38f70e060bc26036aa92bac46665

dae9444a9feeb78f8faa7691434540156aa92bc82a1f3

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Johor Zainal Fitri Ahmad pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan PKM Siri Ke-50, di sini hari ini - Kredit gambar: Nur Fatin Mohmad Kadenen

Seorang lelaki warga Indonesia menjadi individu pertama di Malaysia yang dikenakan hukuman penjara akibat kesalahan membuang puntung rokok.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Johor Zainal Fitri Ahmad berkata pekerja am kontrakor berusia 36 tahun itu membuat kesalahan pembuangan sisa kecil (PSK) di sekitar kawasan Stulang pada Februari lepas.

Beliau berkata bagaimanapun individu itu dipenjara sebulan bermula 28 Ogos selepas gagal membayar denda berjumlah RM1,000 yang dijatuhkan oleh mahkamah.

"Selepas menjalani hukuman penjara, individu ini akan menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) selama enam jam," katanya pada sidang media selepas meninjau pelaksanaan PKM Siri Ke-50, di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya setakat ini sebanyak 107 kes melibatkan PKM telah diselesaikan di mahkamah membabitkan 59 warga tempatan dan 48 warga asing.

Beliau berkata jumlah keseluruhan denda yang dikenakan mencecah RM71,550 dengan tempoh PKM antara dua hingga 10 jam.

Sehingga kini katanya, sebanyak 3,358 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan di Johor dengan 3,095 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan.

"Sehingga kini, sebanyak 789 kertas siasatan juga telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau menegaskan kesalahan membuang sisa kecil di tempat awam merupakan suatu kesalahan mengikut Seksyen 77A, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672].

 
Back
Top
Log in Register