BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Dalam Kereta Berkunci

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
276d90f6c736cb4ea64000f43d8c6961678284c445cf5


Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran kawasan rehat Plaza Tol Bandar Cassia di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada 4.10 petang memaklumkan terdapat seorang lelaki tidak sedarkan diri dalam kereta jenis Toyota Vios di kawasan rehat tersebut.

Beliau berkata sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Batu Kawan kemudian digerakkan ke lokasi bagi membantu membuka pintu kereta berkenaan yang berkunci.

“Pintu kereta berjaya dibuka menggunakan peralatan khas dan didapati mangsa lelaki berusia 43 tahun berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan kerusi dibaringkan.

“Mangsa kemudian disahkan telah meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 6.16 petang.

 
Back
Top
Log in Register