BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Didakwa Memandu Bas Di Bawah Pengaruh Dadah, Sebabkan Kematian Pelancong Jepun

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,774
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,774
Reaction score
289
Points
146
1bf337a9a6aad40da5acef792fc7ba8968f7197675060

Bekas pemandu sebuah bas persiaran Hadzarshah Abu Hassan Al Sha’ari, 42, (kiri) didakwa Mahkamah Majistret hari ini, bagi menghadapi pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang pelancong warga Jepun, tahun lepas.

Seorang bekas pemandu bas persiaran didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang pelancong warga Jepun tahun lepas.

Hadzarshah Abu Hassan Al Sha’ari, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Ahmad Hamdi Mustafar.

Mengikut pertuduhan, Hadzarshah didakwa memandu bas berkenaan semasa berada di bawah pengaruh dadah sehingga gagal mengawal kenderaan itu dengan sepatutnya, menyebabkan kematian penumpang, Michiyo Saito.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Kilometer 230.3 (arah selatan) Lebuhraya Utara-Selatan, dalam daerah Larut Matang dan Selama, pada 1.30 tengah hari, 24 Okt 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan penjara minimum 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Seseorang yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen itu juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh minimum 10 tahun dari tarikh sabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Nazura Azman tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan Hadzarshah sepatutnya dituduh pada Mei lepas, namun gagal hadir ke mahkamah dan tidak memberi kerjasama kepada pihak polis.

“Kes ini turut mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Jepun kerana melibatkan kematian seorang warga Jepun. Selain itu, tertuduh tidak menetap di Perak dan dikhuatiri melarikan diri atau tidak hadir ke mahkamah,” katanya.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ahmad Mukmin Aimi Azmi yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya kini bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sekitar RM30 bagi setiap perjalanan, selain menanggung isteri yang bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan tidak tetap antara RM30 hingga RM40 sehari.

 
Back
Top
Log in Register