BTC USD 60,736.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki diberkas cuba curi kabel

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Suspek ditahan ketika leka mencuri kabel di Kompleks mahkamah Kuantan.​

KUANTAN - Seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan curi kabel di sekitar Kompleks Mahkamah Kuantan di Indera Mahkota di sini, awal pagi kelmarin.

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an diberkas kakitangan sebuah syarikat komunikasi yang membuat pemantauan selepas menerima aduan berhubung berlakunya kecurian kabel milik syarikat di kawasan itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 pagi itu, seorang lagi suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, sebelum kejadian, pekerja syarikat berkenaan berada di lokasi melakukan rondaan pemantauan bagi mengesan aktiviti mencuri kabel.

Menurutnya, dalam pemantauan itu, pekerja terbabit ternampak kelibat dua lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang membuka penutup lubang (mainhole) yang menempatkan kabel.

"Menyedari kehadiran pengadu, kedua-dua suspek segera melarikan diri, bagaimanapun salah seorang daripadanya berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri," katanya.

Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan ke atas suspek yang ditahan itu, polis menemui dan merampas sebuah kereta jenis Perodua Viva, serangkai kunci, alat pemotong kabel, pisau lipat dan besi pengumpil.

"Suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine," katanya.

Beliau berkata, polis kini mengesan seorang lagi suspek yang berjaya meloloskan diri ketika kejadian.
 
Kalo boleh siasat & tangkap pembekal
dadah kpd dia tu lagi bagus. Hukumlah
apa yang patut.
 
Back
Top
Log in Register