imzza
Active+ Member
- Messages
- 4,248
- Joined
- Apr 17, 2014
- Messages
- 4,248
- Reaction score
- 59
- Points
- 45
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, seorang anggota Rela bersama dua rakannya mengadu ternampak lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pengadu membuat intipan kira-kira 30 minit ternampak lelaki itu mengeluarkan beberapa ekor itik daripada guni yang dibawanya.
“Pengadu telah menghampiri lelaki itu dan menahannya. Suspek mengakui telah mencuri 10 ekor itik di sebuah kolam ternakan itik di kawasan berhampiran Tronoh sebelum dibawa ke Balai Polis Menglembu untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Menurutnya, lelaki terbabit diserah ke Ibu Pejabat Polis Batu Gajah untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
