BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki curi itik diberkas

imzza

Active+ Member
Messages
4,248
Joined
Apr 17, 2014
Messages
4,248
Reaction score
59
Points
45
04b1e0m6mv.png
IPOH – Tindak-tanduk mencurigakan seorang lelaki yang tergesa-gesa mengeluarkan itik daripada guni membongkar aktiviti mencuri haiwan itu di Pusing, Batu Gajah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, seorang anggota Rela bersama dua rakannya mengadu ternampak lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pengadu membuat intipan kira-kira 30 minit ternampak lelaki itu mengeluarkan beberapa ekor itik daripada guni yang dibawanya.

“Pengadu telah menghampiri lelaki itu dan menahannya. Suspek mengakui telah mencuri 10 ekor itik di sebuah kolam ternakan itik di kawasan berhampiran Tronoh sebelum dibawa ke Balai Polis Menglembu untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit diserah ke Ibu Pejabat Polis Batu Gajah untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian
 
adoiii cuba jadi penjenayah berkualiti sikit

Jadahnye curi itik
 
ak dulu bela itik pstu nk jual xde sape plak nk beli

org kita mana la mkn itik ni. jarang2. telur masin tu jela yg makan
 
ak dulu bela itik pstu nk jual xde sape plak nk beli

org kita mana la mkn itik ni. jarang2. telur masin tu jela yg makan

arwah atok aku jual itik

Org cina yg beli

Jual hidup2

Nnt cina dtg umah..angsa pun cina beli

 
ini kira baru berjinak2 dengan aktiviti mencuri..

mula2 itik, kalau berjaya curi lembu pulak.. kehkehkeh
 
Back
Top
Log in Register