BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki berpisau tepi katil

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Kuala Terengganu: “Sebaik terjaga daripada tidur, saya terkejut apabila mendapati seorang lelaki di tepi katil sambil memegang sebilah pisau,” kata Roshidawati Roslan, 27, yang trauma akibat dirompak seorang lelaki bertopeng di rumahnya di Jalan Kenanga, Batu Buruk, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, mangsa kerugian hampir RM1,000 apabila dua telefon bimbit jenama Nokia dan Samsung yang baru dibeli beberapa hari lalu dilarikan perompak terbabit dipercayai memecah masuk ke rumahnya melalui pintu belakang.


Roshidawati berkata, ketika kejadian, dia hanya berseorangan di rumah, manakala ibunya, Zabidah Ibrahim, 50, yang bekerja sebagai tukang masak berada di tempat kerja di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, di sini.

“Pada mulanya, saya menyangka bermimpi dan hanya menyedari lelaki itu benar-benar wujud apabila dia mengacukan pisau menyebabkan saya terkejut lalu menjerit sekuat hati menyebabkan lelaki itu lari.


“Beberapa ahli keluarga yang tinggal di rumah sebelah mendengar jeritan itu menyangka saya mengigau, tetapi mereka segera datang kerana hairan saya menangis,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Roshidawati berkata, walaupun kejadian itu hanya berlaku beberapa minit, dia masih trauma dan terbayang-bayang perompak itu mengacukan pisau.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lelakiberpisautepikatil/Article/index_html
 
banyak kes pecah masuk....masih aman
 
Nasib baik barang je diambilnya
 
Sib baik tak kena rogol... kalau tak, tak raya ler.
 
terkejut beruk lelaki tu bila pompuan tu jerit....nasib baik lelaki tersebut tak sempat wat apa2 kat pompuan tu.
 
muka x brapa nk menjadi kot..tu psl perompak x berselera..hehe..atau hati perompak tu niat skedar nk merompak je..hehe

tak pun... time pompuan tu jeritt..
dh macam mengilai..

putuss selera.. :eek:
 
byk kes pecah rumah.....

syukur selamat
 
Back
Top
Log in Register