susah2je
Legendary Member

- Messages
- 19,304
- Joined
- Aug 19, 2006
- Messages
- 19,304
- Reaction score
- 1,474
- Points
- 191
tu sejarah...salah ke dia nak berubah kepada yg lebih baik...kalau nak kira sejarah...Saidina Umar lg jahat dari Hairie ni....tp telah dijamin oleh Allah sebagai ahli syurga setelah dia berubah kepada yg lebih baik.
Kalau ye pun totok sejati UMNO..komen tu biarlah nampak cerdik sikit...
salah ker memang dia ngaku salah khalwat.. Tapi bila masuk Pas fitnah UMNO la ni pasai apa..?
3hb December 2006 LANGKAWI: Pelakon Hairie Othman didenda RM900 atau lima bulan penjara semalam selepas dia mengaku bersalah berkhalwat di sebuah hotel sini September lalu.Hairie, 35 tahun, mengaku melakukan kesalahan itu dengan Cik Norelia Pirdaus, 24 tahun, pada 6.05 pagi.
Bagaimanapun, rakannya, Rashdan Baba, 37 tahun, juga seorang pelakon, tidak mengaku salah terhadap tuduhan sama.Rashdan, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, dituduh melakukan kesalahan berkhalwat dengan Cik Azlina Padzill, 24 tahun.Kedua-dua wanita terbabit tidak hadir di mahkamah semalam dan waran tangkap ke atas mereka dikeluarkan oleh Hakim Rendah Syarie, Sheikh Baharuddin Che Nen.
Ketika ditahan, keempat-empat mereka dipercayai baru sekitar sejam pulang berhibur di sebuah kelab malam berhampiran hotel di Pantai Cenang di sini.'Saya insaf dengan kesilapan dalam hidup saya dan mohon dikenakan hukuman ringan. Lagipun, saya sudah berkahwin dan baru menimang anak kedua,' kata Hairie selepas mengaku bersalah di mahkamah.
Ketika ditemui di luar mahkamah, dia berkata: 'Saya lega kerana semuanya sudah selesai dan berharap masyarakat, terutama peminat, dapat memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki kesilapan diri. Saya juga berharap perkara ini tidak terus berpanjangan kerana saya sudah berkeluarga dan mempunyai isteri serta anak selain mempunyai ramai saudara-mara.
'Saya tidak mahu disebabkan kejadian ini masa depan kerjaya saya terjejas. Bagaimanapun, setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya lega dengan keadaan itu,' katanya. - BHM, Harian Metro.