BTC USD 83,837.0 Gold USD 4,170.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Lebuhraya Persisiran Pantai Barat E32

Yup ada tempat yang terputus dengan highway wce ni.

Area Tanjung Karang - Hutan Melintang. Satu lagi area Teluk Intan - Kg. Lekir
1710253411406.png

map ni mcm xterputus je bos
ilusi optic diorg ni
 
Seksyen 1 (Banting - Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)) katanya dijadualkan untuk dibuka pada 30 Ogos 2024 dan Seksyen 2 (SKVE - Lebuhraya Shah Alam (KESAS)) disasarkan untuk dibuka pada suku ketiga tahun kewangan 2025.

"Penyempurnaan seksyen-seksyen itu juga akan menyediakan sambungan kepada lebuh raya sedia ada, iaitu SKVE dan KESAS.

"Dalam keputusan kewangan suku pertama baru-baru ini bagi tahun kewangan 2024, kumpulan melaporkan peningkatan yang signifikan sebanyak 93 peratus dalam hasil tol, meningkat dari RM13.5 juta pada suku tahun sebelumnya kepada RM26.1 juta.

"Kumpulan yakin bahawa hasil tol akan terus meningkat setelah dua seksyen tambahan dibuka untuk trafik," katanya.
 

Tol percuma sebulan di Seksyen 2 WCE​


WhatsApp-Image-2025-01-21-at-12.32.22-PM-1536x1024.jpeg

Alexander (empat kanan) ketika merasmikan pembukaan jajaran Seksyen 2 WCE hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Pembukaan jajaran Seksyen 2 Lebuh Raya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjadi pelengkap kepada Pelabuhan Klang sebagai hab logistik terbesar di Asia Tenggara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, jajaran sepanjang 7.2 kilometer (km) ini menghubungkan persimpangan Bertingkat Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Persimpangan Bertingkat Lebuh Raya Shah Alam (SAE).

Katanya, ini adalah kesinambungan kepada jajaran Seksyen 1 yang telah dibuka pada 31 Ogos tahun lalu.

“Jadi, akses ke Pelabuhan Klang kini semakin mudah. Laluan ini dijangka akan membantu mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudahkan penghantaran barangan seterusnya meningkatkan daya saing Malaysia.

“Secara langsung menarik pelaburan kepada kawasan industri dan pelabuhan selain mewujudkan peluang pekerjaan seterusnya menjadi pemangkin ekonomi,” katanya selepas merasmikan pembukaan Seksyen 2 WCE, hari ini.

Menurut beliau, impak kepada pembukaan jajaran ini juga akan memendekkan tempoh masa perjalanan dari satu jam kepada 25 minit sahaja.

Tambah Alexander, setakat ini hanya tiga Seksyen WCE sepanjang 45 kilometer belum dibuka daripada 11 jajaran keseluruhan.

“Tiga yang belum dibuka adalah di negeri ini dengan Seksyen 3 WCE dijangka akan dibuka pada tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan tol percuma bagi jajaran Seksyen 2 tersebut selama sebulan bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

“Ini bagi pengguna yang memasuki WCE dari Plaza Tol SAE ke Persimpangan Bertingkat SKVE (WCE) dan sebaliknya di dua-dua arah.

“Namun, saya juga beri peringatan agar tidak menjadikan tol percuma tersebut tempat ‘racing’ sebaliknya mendisplinkan diri ketika berada di lebuh raya. Peronda Lebuh Raya akan sentiasa menjalankan rondaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 
Back
Top
Log in Register