BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebuh raya sesak teruk

abdullah abd wahab

Active+ Member
Messages
2,814
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2010
Messages
2,814
Reaction score
429
Points
46
pix_middle



KUALA LUMPUR: Hampir semua lebuh raya di Semenanjung sesak teruk semalam apabila ribuan kenderaan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung halaman di utara, selatan dan pantai timur untuk bercuti sempena Tahun Baru Cina.

Lebuhraya Utara-Selatan arah utara sesak seawal jam 8 pagi, terutama dari Subang ke Bukit Tagar, apabila warga kota memulakan perjalanan dan berlarutan hingga malam tadi.


Berdasarkan maklumat Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesesakan di Lebuhraya Utara-Selatan makin panjang pada jam 1 tengah hari bermula dari susur Sungai Buloh hingga Tanjung Malim. Trafik juga bergerak perlahan dari Slim River hingga Sungkai dan dari Tapah hingga ke Gopeng.

Laluan antara Tapah ke Gopeng sesak berikutan pengguna lebuh raya berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah sebelum memulakan perjalanan.


Trafik juga perlahan sepanjang laluan lapan kilometer dari Bukit Tambun hingga ke Juru akibat kemalangan membabitkan dua kenderaan.


Bagi laluan menuju ke selatan, trafik sesak bermula di susur Putra Mahkota hingga ke Seremban sejak jam 1 tengah hari berpunca daripada satu kemalangan di Kilometer (KM) 284.

Aliran trafik seterusnya bergerak perlahan di kedua-dua arah antara Ayer Keroh dan Tangkak dan selain kesesakan di Plaza Tol Skudai hingga ke Kulai Jaya.


Laluan antara Yong Peng ke Pagoh (arah utara) pula sesak lebih lima kilometer berikutan kemalangan dua kereta, jam 5 petang.

Sementara itu, laluan ke pantai timur juga bergerak perlahan bermula dari KM29 Plaza Tol Gombak hingga KM55 ke Bukit Tinggi. Bagi melancarkan perjalanan, laluan kontra (lorong tambahan) dibuka bermula dari KM32 hingga KM38 membabitkan laluan dari Terowong Karak hingga ke Genting Sempah.


Selain itu, aliran trafik di Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak terus meningkat bermula jam 1 tengah hari namun bergerak lancar.


LLM menasihatkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan mereka dengan bijak bagi mengurangkan risiko kemalangan dan kesesakan pada musim perayaan ini.
 
Kena mase blk ipoh pg smlm...
Kl - ipoh 6 jam br smpai..
:((:((:((
 
aku pun terperangkap dalam traffic jam 6 jam..letih
 
huhuu...musim perayaan standard la gini..
yang mana gagah nak balik kl-kedah mau 8-10 jam gak
 
Baru masuk berita

KL lengang hehe
 
Hiway pu jam...tak blh nama hiway dah......nak bayar tol pun jam....dah bertahun2 mcm ni....bila tiba musim perayaan dan cuti panjang maka jam teruk....tol kena bayar juga...berbaloi ke???
 
semalam den dari pilah ke seremban ikut bukit putus,jenguk2 lorong sebelah merangkak2..hu3..
 
semalam nak pegi telok intan,. pukul 4 pagi bertolak. igtkan lehla santai2..rupanya dekat area lepas hentian rehat rawang dah jem sampai bkt tagar. aku kua susur bkt tagar n patah balik ke kl. tdo kat umah. heheh
 
Back
Top
Log in Register