BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Trafik Mulai Sesak Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,177
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,177
Reaction score
346
Points
141
95b79860d0fb8553eb05d11234b2a91e69ba6c6dc8e1b

Kredit: Laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia

Aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur, utara dan selatan tanah air mulai sesak di beberapa lokasi setakat petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi arah utara, kesesakan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di laluan Slim River menuju ke Sungai, Tapah ke Gopeng, Juru ke Perai dan Seberang Jaya menuju ke Plaza Tol Sungai Dua.

"Bagi arah Pantai Timur kesesakan berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Gombak menuju ke Genting Sempah, Bukit Tinggi ke Lentang dan di Hentian Bentong menuju ke Plaza Tol Bentong, kesesakan turut berlaku di Plaza Tol Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata bagi arah ke selatan, kesesakan berlaku di lebuh raya PLUS bermula dari Plaza Tol Sungai Besi ke Universiti Putra Malaysia, Nilai ke Bandar Ainsdale, Sedenak ke Kulai dan Setia Tropika ke Pasir Gudang.

Selain itu, beliau berkata keadaan cuaca di kebanyakan kawasan pada petang ini dilaporkan dalam keadaan baik, hanya hujan di sekitar Lembah Klang.

Orang ramai digesa mematuhi had laju yang ditetapkan dan sentiasa mengawasi jarak selamat kenderaan masing-masing sepanjang perjalanan.

Pengguna turut disaran merancang perjalanan dengan merujuk jadual waktu perjalanan (TTA) melalui aplikasi MyPLUS-TTA, selain mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

 
Back
Top
Log in Register