BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Lancar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141
09b53d2f8d36382eb28aadb29e1c45b365c8da4b621ef

(Gambar Fail)

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar dan terkawal setakat 9.40 malam ini.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik lancar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Trafik bagaimanapun bergerak perlahan namun terkawal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1 dari Bukit Beruntung ke Rawang berikutan pertambahan jumlah kenderaan manakala di PLUS E2, aliran trafik perlahan dari Simpang Renggam ke Senai berikutan sebuah bas rosak di Kilometer 22.0 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 selama 24 jam dan laman X @plustrafik serta @llmtrafik.

 
Back
Top
Log in Register