BTC USD 62,068.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebuh India mulai sesak

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
Meskipun baru dua minggu umat Islam berpuasa Lebuh India sudah dibanjiri orang ramai untuk membeli-belah

KUCHING: Meskipun baru dua minggu umat Islam berpuasa Lebuh India sudah mula menjadi tumpuan orang ramai lebih-lebih lagi masyarakat tempatan untuk membeli-belah.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati kebanyakan umat Islam di bandar raya ini sudah mula membeli barangan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti barangan keperluan membuat kuih, kain dan pakaian.

Ibrahim Yaakob,47, berkata hampir setiap tahun dia akan membeli barang keperluan raya untuk sanak-saudara pada pertengahan Ramadan.

“Saya gemar membeli barang awal seperti ini untuk mengelak kesesakan.

“Kita sedia maklum bahawa kawasan ini adalah tumpuan umat Islam pada penghujung Ramadan,” katanya ketika ditemui semalam.

Beliau berkata, kepelbagaian barang yang dijual di Lebuh India juga merupakan tarikan bagi dirinya untuk membeli-belah di situ.

“Harga barang di sini juga murah dan terdapat banyak pilihan berbanding tempat lain,” katanya.

Romainor Udin,50, juga sependapat dengan Ibrahim bahawa membeli barangan di Lebuh India pada saat-saat akhir akan memberi masalah kerana kawasan itu pasti menjadi tumpuan terutama mereka yang membeli barang keperluan membuat kuih.

“Kalau membeli barang pada saat akhir mungkin ada barang yang hendak dibeli sudah kehabisan stok dan kawasan ini akan mengalami kesesakan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, barangan yang dijual di sini memang murah dan berpatutan selain banyak pilihan terutama pakaian, songkok dan selipar.

“Harga barang di sini terutama pakaian memang amat kompetitif.

“Setiap tahun saya pasti akan membeli-belah di sini terutama untuk membeli songkok dan pakaian,” katanya.

Di samping itu katanya, Lebuh India juga adalah tempat terbaik untuk membeli ba-rang keperluan membuat kuih kerana banyak pilihan di situ.

“Setiap kali Hari Raya Aidilfitri isteri saya pasti akan membawa saya ke sini untuk membeli barang keperluan membuat kuih.

“Ini kerana barang membuat kuih yang terdapat di sini dijual dengan harga berpatutan selain banyak pilihan berbanding kedai-kedai lain di luar,” katanya.

Adiff Eldy Benjamin, 23, berkata kepelbagaian pilihan barang seperti pakaian yang terdapat di Lebuh India mendorong dia membeli-belah di situ.

“Harga pakaian yang terdapat di sini memang murah berbanding di tempat lain.

“Dengan membeli-belah di sini, kita juga dapat berbelanja secara berhemah jika dibandingkan dengan membeli-belah di pusat membeli-belah yang besar,” katanya.

Adiff berkata, dia gemar membeli barang untuk Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan Ramadan kerana pada saat akhir selalunya barang yang ada terhad dan mungkin juga kehabisan stok.

“Kalau beli pada saat-saat akhir mungkin ada barang yang kita minati sudah habis.

“Selain itu, pada penghujung Ramadan saya selalunya akan membantu keluarga mengemas dan tiada masa untuk membeli-belah lagi,” katanya.

Sementara itu, menurut pemilik Syarikat Jasmin Jawahar Mohamad Ikbal Abdul Majid, sambutan pengunjung di kedai-nya pada tahun ini berkurangan dan tidak begitu meriah jika dibandingkan dengan tahun lepas.

“Saya rasa mungkin ada antara mereka (umat Islam) suka membeli barang pada saat-saat akhir.

“Tidak seperti tahun lepas, pada permulaan Ramadan kedai ini sudah dibanjiri pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, setiap kali Hari Raya Aidilfitri, syarikat-nya akan menawarkan harga istimewa kepada para pelanggan terutama untuk kain, songkok dan pakaian.

“Kami akan memberikan harga istimewa kepada para pelanggan untuk semua barang yang terdapat di sini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berharap para pelanggan akan membeli barang sekarang bagi mengelak kesesakan pada saat-saat akhir.

“Pada saat-saat akhir mungkin tidak banyak pilihan ba-rang dan kawasan ini mungkin akan mengalami kesesakan,” katanya.

http://www.theborneopost.com/?p=57867
 
Back
Top
Log in Register