BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih RM12,000 diperoleh hasil mengemis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg



RIYADH - ARAB SAUDI . Polis Saudi menahan seorang pengemis di hadapan sebuah hospital di sini dan terkejut apabila mendapati dia mampu meraih pendapatan lebih daripada SR11,000 (RM 12,611) sehari.

Polis menahan seorang lelaki yang duduk di sebelah pintu gerbang hospital kerajaan di bandar barat Taif susulan operasi mengurangkan pengemis yang diharamkan di Arab Saudi dan beberapa negara teluk yang lain.

Memetik laporan akhbar Sada, polis yang memeriksanya mendapati lelaki berkenaan memperoleh lebih SR11,000 pada hari tersebut malah mata wang asing juga turut ditemui di dalam poketnya.

Kebanyakan pengemis yang ditangkap di Arab Saudi dan negara-negara Teluk yang lain adalah pendatang asing dan akan segera dihantar pulang.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/global/lebih-rm12-000-diperoleh-hasil-mengemis-1.448628
 
waaa... manyak untun maa ini maciammm
 
silap haribulan yang meminta lebih kaya dari yang memberi.
 
silap haribulan yang meminta lebih kaya dari yang memberi.

itulah yg jadi bila pemberi asik pikir psl NIAT dia je utk sedekah cara mudah.. tak pikir kesan buruk. cuba pilih saluran yg lebih baik utk sedekah
 
pergh..byk kot...btol ke 11,000 sehari...?
 
baguslah yang memberi nak cari pahala yang meminta nak ambik kesempatan.
 
Ni x cukup byk, meh dtg msia menuntut dgn dia ni.
Mana tau dpt bilion-bilion mcm dia.
 
pengemis sedunia takkan dapat lawan bijan yang mengemis 2.6 billion.

Rekod dunia tu.
 

Latest Threads General Chat

Back
Top
Log in Register