ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
IDRIS JUSOH menyampaikan sijil penghargaan kepada veretan wanita Umno sempena Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerlun 2015 di Dewan Baitul Hikmah S.M.K Ayer Hitam, Jerlun, Kedah, semalam. Turut kelihatan Maznah Abd. Hamid (kiri ). Utusan/ismail kamadin
JERLUN 7 Ogos - Kementerian Pendidikan Tinggi merancang untuk menghantar lebih ramai pensyarah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di 20 universiti terbaik di dunia dalam usaha meningkatkan taraf sistem pendidikan tinggi negara.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sekarang ini sebanyak 537 pensyarah yang berkhidmat di universiti awam mempunyai kelulusan dari 20 universiti terbaik di dunia seperti Universiti Cambridge, Universiti Oxford serta Imperial College London.
“Kita akan tambah lagi bilangan pensyarah secara berperingkat untuk melanjutkan pengajian ke universiti terbaik di dunia bagi memastikan kita mempunyai pensyarah yang hebat sebagaimana pensyarah-pensyarah yang ada di negara lain.
“Dengan cara ini kita jangka sistem pendidikan tinggi negara bertambah baik dari segi kedudukan di dunia dan negara, ini adalah janji kerajaan kepada rakyat untuk pastikan mereka mendapat sistem pendidikan tinggi yang terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Hitam di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Dr. Maznah Hamid dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz.
Menurut Idris, para pensyarah di universiti awam di negara ini juga dibenarkan hanya melanjutkan pengajian PhD di 100 universiti terbaik di dunia.
“Pensyarah kita sekarang tak boleh sambung PhD di universiti yang lebih kurang, mereka kena sambung di 100 universiti terbaik di dunia,” jelasnya.
Dalam pada itu, dalam ucapannya, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, parti itu terus komited untuk memastikan generasi Melayu yang baharu adalah bangsa yang maju hingga boleh menerajui dunia.
Katanya, kekuatan ahli UMNO ialah terus bersatu dan mereka perlu meletakkan kepercayaan kepada pemimpin parti bagi memastikan perjuangan meletakkan orang Melayu sebagai bangsa yang kuat dan hebat mampu dicapai.
“Kita telah alami krisis, namun kita sentiasa kukuh kerana bersama, apa sahaja yang melanda tapi UMNO tetap ada sehingga hari ini.
“Kita ada banyak masalah tetapi itu bukan halangan untuk sentiasa bergerak ke depan, perjuangan ini bukan kerja main-main, yang kita dukung hari ini adalah perjuangan untuk agama dan bangsa,” katanya.