BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 900 barangan bebas GST

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
IPOH - Kerajaan bakal mewartakan lebih daripada 900 barangan dalam senarai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), berkuatkuasa hari ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata jumlah itu turut meliputi barangan pembekal yang dikenakan GST (6 peratus) dan barangan pembekal yang dikenakan cukai berkadar sifar (tiada GST dipungut).

“Barangan yang dikenakan cukai berkadar sifar itu akan melibatkan kesemua bahagian.

“Bagi barangan pembekal berkadar sifar, GST tidak akan dikenakan daripada semua peringkat bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit hinggalah pengguna,” katanya selepas merasmikan Karnival Futsal dan Bola Jaring Piala Ahli Parlimen Tambun 2014, semalam.

Menurutnya, pewartaan itu juga bagi memastikan peniaga bersedia dan melakukan persediaan awal untuk menghadapi pelaksanaan GST yang dijadualkan bermula April 2015.

“Kita lakukannya lebih awal walaupun GST dilaksanakan April tahun depan untuk membolehkan peniaga-peniaga menstrukturkan dengan lebih awal sistem itu (GST) sebelum ia dilaksanakan kelak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk memastikan pelaksanaan GST tidak memberikan kesan kepada kenaikan harga barangan.

“Kita juga telah senaraikan di antara 5,000 hingga 10,000 produk yang mempunyai harga dan marginnya sekaligus bakal menjadi panduan kepada pengguna untuk mengetahui perbezaan sebelum dan selepas GST dilaksanakan,” katanya.

Selain itu, kata Ahmad Husni, kerajaan juga telah mewujudkan satu badan atau organisasi bagi membuat pemantauan terhadap harga barangan yang telah diwartakan.

“Ia bertujuan untuk membantu kerajaan dan orang ramai memastikan tidak berlaku kenaikan harga sewenang-wenangnya,” katanya.

Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berharap pihaknya dapat bekerjasama dengan para usahawan dan peniaga bagi memastikan harga barangan sentiasa terkawal.

“Itu harapan kita dan saya mohon supaya setiap usahawan dan para peniaga yang mempunyai masalah atau kekeliruan sewajarnya mencari saluran yang betul untuk mengutarakan perkara berkenaan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register