BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 800 polis tagih dadah

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
inter.png_1478693299.jpg


Kota Bharu: Seramai 883 daripada 130,000 anggota polis di Malaysia dikesan terbabit dengan penagihan dadah dalam tempoh tiga tahun lalu.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, susulan itu pihaknya aktif mengesan anggota polis yang menjadi penagih tegar dan mereka akan dihantar ke pusat serenti di Sungai Besi, Kuala Lumpur, untuk pemulihan.

Menurutnya, antara 30 hingga 50 anggota menjalani pemulihan bagi setiap tiga bulan mengikut kewajaran."Setakat ini kita sedang mengumpul maklumat dan mereka yang jadi penagih tegar akan ditempatkan dulu di pusat itu selewat-lewatnya bulan depan.

"Langkah pemulihan akan membantu anggota terbabit tidak hanyut lebih jauh," katanya selepas taklimat dan penyampaian buku pelan intergriti dan kod etika di Dewan Sri Nilam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman dan Ketua Polis Daerah dan Ketua Jabatan Kontinjen Kelantan.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, hanya 1.3 peratus pegawai dan anggota polis negara ini terbabit dalam salah laku sejak lima tahun lalu.Menurutnya, antara kesalahan itu ialah dadah, pemerasan dan curi.


sumber: hmetro
 
lucut jawatan je la, nak kesian apa. kata Dadah Musuh Negara.
 
Ramai yang betul2 nak jadi polis tak dapat...
 
Macam tak caya aku, 800 orang jer..
 
mohon cek skali polis yg terlibat dgn rasuah..mesti ramai yg akan kna hantar ke pusat pemulihan..
 
polis pun manusia. susah nak cari manusia yg boleh tahan bila di uji dgn dadah, ppuan n duit. fizikal sasa, mental kuat blm tentu blh tahan 3 benda ni. mana yg xblh tahan, berhenti je la dari polis.
 
ermm..ada pilih bulu nampak nya kat sini.

x kan la nk jadi mcm ketam ajar anak berjalan lurus
 
Back
Top
Log in Register