BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 60 Peratus Bekalan Elektrik Sarawak Hasil Kuasa Hidroelektrik - Timbalan Premier

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e6fa6ee4ae74630d13727443d989f217682db8fb6e3f3

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Lebih 60 peratus bekalan elektrik di Sarawak kini dijana daripada kuasa hidroelektrik, mencerminkan kejayaan awal negeri itu dalam usaha nyahkarbon sektor tenagar serta kemajuan ke arah matlamat sifar bersih menjelang 2050, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata pencapaian itu menyerlahkan strategi jangka panjang Sarawak dalam mengimbangi keselamatan tenaga, kemampuan dan kelestarian di bawah Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P) serta Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030.

“Kerangka dasar ini mencerminkan visi kami terhadap pertumbuhan mampan, inklusif dan dipacu inovasi bagi memastikan kemajuan yang dikecapi hari ini tidak menjejaskan kesejahteraan generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada penutup Persidangan Antarabangsa Asia Rendah Karbon (ICLCA) ke-11 di sini hari ini.

Beliau berkata Sarawak turut memperluas campuran tenaga boleh baharu melalui penghasilan hidrogen hijau, pelaksanaan inisiatif penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) serta peningkatan kecekapan tenaga dalam pelbagai sektor industri.

“Sarawak negeri pertama di Malaysia menggubal Ordinan Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023, yang mencerminkan pendirian proaktif dalam menangani perubahan iklim,”  katanya.

Awang Tengah berkata dalam memajukan agenda ekonomi kitaran, Sarawak memberi keutamaan kepada inisiatif Sisa kepada Tenaga (WTE) dan penyelesaian pengurusan sisa bersepadu sebagai satu daripada tonggak strategik dalam peralihan negeri itu ke arah ekonomi rendah karbon.

“Ia bukan sekadar berkaitan pelupusan sisa, tetapi turut melibatkan transformasi sisa kepada sumber lestari yang menyokong jaminan tenaga serta menjana nilai jangka panjang,” katanya.

Beliau turut memuji Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) khususnya Institut Tenaga Lestari dan Boleh Diperbaharui (ISuRE) kerana menerajui Kajian Pelan Induk Pengurusan Sisa Bersepadu Sarawak yang sedang dijalankan dengan kerjasama Chemsains dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Menurut beliau, pendekatan Sarawak menggabungkan kepakaran akademik, keupayaan industri dan sokongan kerajaan bagi mempercepat pembangunan lestari sambil memastikan peralihan itu dilaksanakan secara adil dan saksama.

 
Back
Top
Log in Register