BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 60 Peratus Aset Tldm Berusia Lebih 40 Tahun, Perlu Diganti Berperingkat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,154
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,154
Reaction score
346
Points
141

Lebih 60 Peratus Aset Tldm Berusia Lebih 40 Tahun, Perlu Diganti Berperingkat​

dbf64b97effa126b518db27a79bec6996a463a9aedcd2

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain

Lebih 60 peratus aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini berusia melebihi 40 tahun, sekali gus menimbulkan cabaran kepada kesiapsiagaan operasi dan keperluan penggantian secara berperingkat menerusi Pelan Transformasi TLDM 15 to 5.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain berkata keadaan itu memberi tekanan kepada TLDM dalam menguruskan armada yang semakin berusia, namun kapal-kapal berkenaan masih perlu digerakkan bagi melaksanakan operasi mempertahankan perairan negara.

"Lebih daripada 60 peratus aset kita berusia lebih daripada 40 tahun. Ini adalah satu cabaran kepada TLDM pada masa ini dalam menguruskan armada yang semakin berusia.

"Kita mempunyai enam operasi yang memerlukan kapal digerakkan 24 jam sepanjang tahun. Kapal yang usang ini masih perlu ke laut dan perkara itu merisaukan pihak kepimpinan kerana keadaannya tidak lagi seperti ketika mula beroperasi," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Ulang Tahun Ke-53 Kumpulan Pertama Kapal Kelas Perdana Combatante di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan penyelenggaraan kini lebih bersifat pembaikan selepas kerosakan berbanding penyelenggaraan pencegahan selain berdepan kesukaran mendapatkan alat ganti.

Mengenai empat kapal Kelas Perdana Combatante yang masih beroperasi selepas lebih 50 tahun, beliau berkata ia membuktikan keberkesanan budaya penyelenggaraan TLDM.

Beliau berkata kapal berkenaan kini ditukar fungsi daripada kapal pelancar misil kepada kapal rondaan berikutan keusangan sistem dan kelengkapan.

Zulhelmy berkata TLDM melaksanakan program pengurusan keusangan aset bagi KD Perdana dan KD Ganyang untuk memastikan integriti badan kapal dapat dipertingkat, sekali gus membolehkan ia terus beroperasi antara 10 hingga 15 tahun lagi sebagai langkah sementara sebelum digantikan.

Dalam pada itu, beliau berkata pemodenan aset TLDM diteruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan menerusi Pelan Transformasi TLDM 15 to 5, dengan perolehan kapal Sokongan Logistik Pelbagai Peranan (MRSS) dirancang di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), manakala perolehan kapal selam dijangka dipertimbangkan dalam RMK14.

 
Back
Top
Log in Register