BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lebih 400,000 Rencana Telah Di Terbitkan Dalam Bahasa Melayu Di Wikipedia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Wikipedia merupakan salah satu laman rujukan utama ramai dalam menyemak fakta, mengetahui pelbagai informasi, dan sebagainya. Ia ditawarkan dalam pelbagai bahasa, dan turut bergantung kepada sumbangan komuniti dari segi penulisan, penyuntingan dan sebagainya.
1738248978601.png

Terbaru, wakil komuniti Wikimedia Bahasa Melayu berkongsi mengatakan Wikipedia Bahasa Melayu sudah melepasi 400,000 rencana, sejak ia dimulakan pada Oktober 2002 yang lepas. Terdapat sekitar 626 pengguna aktif pada Wikipedia Bahasa Melayu, dimana telah melakukan sekurang-kurangnya satu suntingan dalam tempoh 30 hari kebelakangan ini. Pencapaian ini meletakkan jumlah bilangan rencana Wikipedia Bahasa Melayu pada kedudukan ke-35. Jiran terdekat kita, Wikipedia Indonesia mempunyai lebih 700,000 buah artikel, sementara Wikipedia utama, berbahasa Inggeris mempunyai hampir 7 juta artikel.​
 
Back
Top
Log in Register