BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trafik Wikipedia Naik Mendadak Sehingga 50% Di Sebabkan Aktiviti Bot AI Mencuri Data

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Wikipedia sudah beroperasi sejak 2001 dengan tujuan menawarkan pelbagai maklumat dunia secara percuma di atas talian. Saban tahun Wikipedia Foundation meminta derma daripada orang ramai bagi menampung kos operasi laman. Wikipedia Foundation hari ini melaporkan berlaku peningkatan trafik mengakses kandungan multimedia sehingga 50% tahun lalu.

Multimedia_bandwith_demand_for_t-950x705.jpg.webp


Sebanyak 65% penggunaan trafik tinggi adalah daripada bot yang mencuri data laman untuk melatih kecerdasan buatan (AI). Lebih merisaukan penggunaan trafik ini adalah luar biasa walaupun hanya 35% pelawat laman adalah bot. Ia mendatangkan beban kepada pelayar web sehingga pengguna biasa tidak dapat mengakses laman apabila diperlukan. Walaupun pihak Wikipedia berjaya menghalang bot daripada terus melakukan proses mengikis kandungan, bot baharu akan wujud menyebabkan proses menghalangnya perlu dilakukan berkali-kali sehingga membazirkan sumber syarikat.

Sumber asal https://diff.wikimedia.org/2025/04/01/how-crawlers-impact-the-operations-of-the-wikimedia-projects/
 
Back
Top
Log in Register