Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,777
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,777
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pengunjung membeli barangan keperluan asas pada hari pertama pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 di Pasaraya Emart Batu Kawah, hari ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menggerakkan lebih 300 pegawai bagi memantau pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas tahun ini.
Pengarahnya Matthew Dominic Barin berkata pegawai penguat kuasa dan pemantau harga akan menjalankan pemeriksaan di premis perniagaan termasuk pasar raya, pasar awam, pasar tani dan kedai runcit bagi memastikan keberadaan bekalan serta pematuhan harga.
“Pemeriksaan dijalankan bagi memantau pematuhan atau menyiasat aduan pengguna supaya mana-mana ketidakpatuhan peniaga boleh diambil tindakan mengikut perundangan ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memantau pematuhan SHMMP Krismas di sebuah pasar raya di sini hari ini.
SHMMP Krismas 2025 berkuat kuasa selama lima hari bermula hari ini.
Pelaksanaan SHMMP Krismas 2025 di Sarawak melibatkan 14 jenis barangan harga terkawal antaranya tomato, cili merah, bawang merah besar dan ubi kentang import (China).
Lebih 300 Pegawai Digerak Pantau Harga Barangan Di Sarawak Sempena Krismas
Sarawak, Krismas, SHMMP