BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawan Riba dengan Riba ?

Banyak je penunggang agama kategori jual emas ni dok manipulate orang awam. Dorang jual emas, pastu transaksi guna wang fiat. Itu menunjukkan wang fiat lebih bernilai dari emas. Puak-puak ni suruh orang beli emas mereka, kononnya boleh simpan emas..., yang dorang dok kumpul wang fiat hasil jual emas tu camne? Kan menipu namanya tu....hehehe

kau boleh bukak thread lain pasal dia manipulate org awam dgn emas..

jemput aku bincang sama nnt..

tp jgn hijack thread riba pasal perbankkan islam.. :ROFLMAO:

Aku pun tak promote emas dlm thread ni.. Korang kena faham, emas adalah emas.. Nk beli simpan emas semata2.. itu korang punya pasal.. Dan nak beli emas boleh beli dari spe2 pun..

berbalik kpd issue thread..
Kita nk bincang pasal lawan riba dengan riba..
 
Persoalan ttg repair kereta tu aku kira persoalan x jelas.. so aku jwab nk tgk respond..:ROFLMAO:

Adapun manusia xda apa2 kelebihan.. kne faham benda basic ni.. Aku boleh hurai lagi.. itu pun jika kau berminat nak tau..

---

Persoalan kedua ttg solusi.. Sebenarnya dia (ustaz noor) ada ketengahkan beberapa solusi.. Tapi solusi itu kne bermula dari bawah.. Namun mereka yg ahli, orang yg ada kedudukan.. x tak nak endorse benda tu.. mereka akan bg mcm2 alasan.. kena ikut rules of law, bla bla bla..

Jadi berbalik kpd tanggungjawab yg ahli, yg ada kedudukan, yg ada kemampuan.. Kena endorse supaya orang islam tukar cara membuat pinjaman.. Mereka yg ahli kena kedepan bercakap.. Jgn diam..

Antara solusinya (ustaz noor) adalah crowd funding.. walaupun x dpt bantu secara keseluruhan.. tp its a process utk mendidik orang awam.. dan benda ni ahli faqih kena endorse.. Jgn terperangkap dlm perbankkan islam semata2.. sebab masyukkkkk..:ROFLMAO:

Aku terbuka untuk kau bawa pendapat ustaz kau untuk bersoal kemana halatuju riba dalam perbankkan islam ?

Apakah perbankkan islam nak lawan riba dengan riba ?

Mereka (Perbankkan Islam) ada justifikasi, mengatakan ianya tak riba.. Tapi kesan riba itu berlaku.. Walaupun secara atas kertasnya halal.. Tp natijah yg berlaku skrng itu jelas kesan riba..

---

Aku follow org yg bukan ahli, bukan semata2 nak membabi buta ikut mereka.. Tp aku nak berfikir..

Klo kau nak berfikir kau kena rendahkan diri.. sbgi cth.. boleh berfikir drpd pendapat orang gila.. Adapun org itu jelas gila.. Tp kita x tahu, apa rahmat yg Allah bg dkt org gila itu, smpi dia ckp sesuatu.. Kita boleh belajar dari orang gila tersebut..

Ini aku baru tahu, base on satu kisah orang tertentu.. klo kau nak rujukkan.. aku boleh share..

Berbalik kpd masalah riba.. Aku bebesar hati jika kau boleh bawa input dari ahli faqih yang tgh improve perbankkan islam..
Ok den bagi jelas lagi soalan tentang kete tu.

Jika kereta ekau rosak, adakah ekau akan pergi ke bengkel motor utk dibaiki kerosakkan tersebut? Mustahil boleh repair semua kerosakkan😉.

Melainkan ekau mmg ada bengkel kereta. Anggap je la jika ekau tiada bengkel, bengkel manakah ekau akan pergi? Motor atau kereta?
 
Ok den bagi jelas lagi soalan tentang kete tu.

Jika kereta ekau rosak, adakah ekau akan pergi ke bengkel motor utk dibaiki kerosakkan tersebut? Mustahil boleh repair semua kerosakkan😉.

Melainkan ekau mmg ada bengkel kereta. Anggap je la jika ekau tiada bengkel, bengkel manakah ekau akan pergi? Motor atau kereta?

Benda ni x jdi issue..

Aku cuba fahamkan persoalan kau..

1) Kau nak ckp bahawa bila kita x reti pasal satu2 issue/masalah.. elok lah kita diam diri dan ikut je pe yg ada..

Well aku setuju, jika kau x reti.. kau x faham.. dan kau xleh nk fikir ttg hal tersebut.. Maka kau boleh ikut je..

Cth bila kau x tahu apa punca kerosakkan kereta kau, kemudian kau gi hantar bengkel kereta yg authorize, so mekanik bengkel ckp kena tukar itu ini dan kos nya sekian2..

Maka disebabkan kau tak faham, kemudian kau nak mudah maka kau ckp dkt mekanik, proceed.. Jalan janji kereta siap, nak guna utk gi kerja..

---

Itu untuk orang yang tak faham, tak tahu..

Berbeza bila kau faham apa masalah kereta kau sbb ada kawan2 yg boleh bg pendapat.. Kau gi tanya jgk mekanik bengkel authorize, dia ckp kena tukar itu ini.. Kemudian kau kata takpe, nak bincang dgn kawan2.. So kau gi jumpa kawan kau.. Dia pun ada kereta yg sama mcm kau.. Dia ckp, better pakai dlu, kemudian bila dh rosak teruk sangat.. Overhall terus.. Sebab bila buat sikit2, tetap problem kedepan nnt..

Okay so kau ada lah 2-3 pendapat.. Disebabkan kau berfikir kemudian kau berbincang maka kau kena ketimbang pilihan yg terbaik.

Ini cuma kisah ttg kereta rosak.. Cara kau berfikir..

---

Berbalik kpd masalah riba..

Kau duduk dlm situasi mana skrng ni ?

Kau boleh bincang ke tak ? Kau ahli ke tak ? Kau boleh fikir ke tak ?

Kau boleh nmpk kesan riba yg menindas ke tak ?

Kau nak terlibat sama ke tak ? Kau nak create awareness ke tak ?

Klo jwpn kau, aku x nak fikir apa dah, maka kau ikut je lah apa yg ada.. Kau tak perlu bincang dlm thread ni..

Sebab aku bukak thread ni utk bincang masalah bg mereka yg nk berfikir..

Kita bukan nya nak solve masalah 100% bg suci bersih.. Tp kita nk tgk apa yg kita boleh bantu..

Seperti mana thread di bkk, aku persoal..

Kita nak ambil riba banyak mana ? Ini kene tanya diri sendiri.. Klo ada org ckp perbankkan islam itu halal, suci.. Maka adakah korang rasa tiada kesan riba dari sudut ekonomi ? Kesan penindasan ?

Jika xda.. bawa lah pendapat masing2.. Ckp bg nuetral,Jujur.. Supaya aku pun boleh berfikir sama mcm korang.. Bawa lah input2 yg boleh nuetral kan keadaan..

Aku sebenarnya berminat nk buat hutang dgn bank, manipulate the sistem.. Tp niat tu terhenti sebab perbankkan islam x solve masalah riba..

Mereka hanya sekadar bg solusi utk solve maslahah.. kemudian drag kita masuk kelubang biawak..

Aku xda nak dengki kpd spe2 pun yg manipulate sistem.. Sbb aku pun skrng boleh je join ambil riba dan manipulate the sistem..

So itu persoalan kne tanya diri sendiri.. Apa benda yg nk dibincangkan..
 
Wang Fiat adalah sihir moden ?

Kita faham, wang fiat ini enabler kepada riba.. Disebabkan boleh dicipta secara printing more kemudian rekod dlm bentuk digital..

Maka riba itu subur dlm ekonomi org islam..

So apa pendekatan orang islam sendiri utk reduce the impak ?

Mana pemikir2 islam yg ada kedudukan, yg ada ilmu.. yg ada jawatan cuba utk reduce the impak ?

Takkan korang yg bijak pandai, yg ahli, nak terus lawan riba dgn riba ? Takkan nak suruh org islam continue berterusan rakus ambil option perbankkan islam yg jelas menindas ?

Nnt muncul satu pihak lgi, ckp xde spe paksa korang ambil hutang bank..Yer betul aku setuju, tp korang kne bg jelas.. Spe2 yg x nk ambil hutang bank.. Korang hiduplah mcm bangla..:ROFLMAO:

82872841.jpg
 
Crowd funding adalah solusi..
dlm erti kata kena suburkan sedekah..

Orang islam faham, sistem perbankkan islam yg kita gunapakai adalah proses tipu helah..

Yg menjadi persoalan, mcm mana kita nak susun crowd funding bg running dlm ekonomi ?

Selagi mana kita open option riba perbankkan islam, orang islam x nk crowd funding.. Itu yg jdi masalah..

Sebab masing2 ckp perbankkan islamic dh halal.. Kau nk crowd funding buat apa ?

So crowd funding kekal takda sokongan orang islam..

Sistem perbankkan islam yg ada ni merosakkan pemikiran kita..

83829-edit.jpg
 
Ini komen yg menarik, tp x dpt feedback yg jelas drpd ustaz noor..

784555.jpg


Input AI

Musyarakah Mutanaqisah
(atau Perkongsian yang Berkurangan) adalah salah satu bentuk pembiayaan dalam sistem kewangan Islam yang digunakan terutamanya dalam pembelian aset atau hartanah. Dalam Musyarakah Mutanaqisah, dua atau lebih pihak bekerjasama untuk memiliki sesuatu aset bersama, dan bahagian milikan satu pihak akan berkurangan secara beransur-ansur, sementara pihak lain akan meningkatkan bahagian milikannya sehingga akhirnya memiliki aset sepenuhnya.

Contoh yang lebih mudah untuk difahami: Misalkan harga sebuah rumah adalah RM500,000. Bank dan pelanggan mungkin bersetuju dengan kontrak Musyarakah Mutanaqisah di mana:

Bank akan menyumbang 80% daripada harga rumah, iaitu RM400,000, manakala pelanggan akan menyumbang 20%, iaitu RM100,000.

Selama 10 tahun, pelanggan akan membeli bahagian bank secara berperingkat, dengan pembayaran bulanan yang terdiri daripada dua bahagian: satu untuk membeli bahagian bank, dan satu lagi untuk membayar sewa bagi penggunaan bahagian bank dalam rumah tersebut.

Setelah 10 tahun, pelanggan akan sepenuhnya memiliki rumah tersebut, dan bahagian bank akan dilunaskan sepenuhnya.

Ciri-ciri Utama Musyarakah Mutanaqisah:

Perkongsian Modal: Kedua-dua pihak, iaitu bank dan pelanggan, memiliki aset tersebut bersama pada permulaan kontrak.

Pemindahan Pemilikan Berperingkat: Pelanggan secara berperingkat akan membeli bahagian bank sehingga akhirnya memiliki aset tersebut sepenuhnya.

Patuh Syariah: Struktur ini patuh kepada prinsip-prinsip Islam kerana tiada unsur riba (faedah) yang terlibat, sebaliknya keuntungan diperoleh melalui perkongsian modal.

Kelebihan:

Patuh Syariah: Musyarakah Mutanaqisah mengelakkan riba (faedah), yang diharamkan dalam Islam.

Pembiayaan yang Fleksibel: Memberikan peluang kepada individu untuk membeli aset tanpa perlu membayar sepenuhnya pada permulaan.

Pemilikan Berperingkat: Pelanggan boleh membina pemilikan mereka secara perlahan-lahan, menjadikannya lebih mampu milik.
 
Hang bayangkan company hang terlebih bayar cukai RM100,000. LHDN jawab, “Kami refund RM5,000 dulu, balance dia kami bayar sikit-sikit selama 4 tahun lagi.”

Lagi pedih, lebihan itu tidak boleh kontra pun untuk cukai tahun depan. Maksudnya duit yang kerajaan pegang masih dianggap bukan milik hang, tetapi cukai baru tetap kena bayar penuh seperti biasa.

Cuma kalau Shopee buat macam ni, hang refund barang, lepas tu dia kata, duit anda akan dikreditkan selama 4 tahun.

Nahh..melantun

Kalau orang biasa buat begini, namanya tak adil. Bila kerajaan buat, kita pula disuruh faham.

Dari sudut ekonomi, apa yang terjadi ni sebenarnya ibarat kerajaan menggunakan duit rakyat sebagai pinjaman percuma. Dalam istilah ekonomi, ini disebut forced financing. Kerajaan mendapat aliran tunai tambahan tanpa perlu bayar interest pinkaman, sementara orang awam dan syarikat (khususnya SME) menanggung kekurangan modal.

Bayaran refund yang berperingkat selama 4 tahun memang akan menimbulkan masalah yang besar. Syarikat terutama SME bergantung pada cashflow untuk gaji, sewa, pembekal dan modal rolling. Bila dah refund hanya masuk sikit-sikit setiap tahun, bukan ja operasi terganggu, maunya Bank dan Ah Long pun makin masyuk, sebab syarikat kena meminjam untuk menampung gap kos operasi. Kos meningkat, risiko meningkat dan produktiviti jatuh.

Larangan menolak lebihan (kontra) cukai untuk tahun berikutnya pun lagi satu hal. Sistem cukai moden biasanya benarkan set-off supaya pembayar cukai tidak menanggung beban dua kali. Tapi polisi ini pelik-pelik pula, kerajaan memegang duit hang, tetapi hang tetap kena bayar cukai baru penuh. Ini kira cashflow penalty lah.

Dari sudut economic behaviour, untuk mengekalkan voluntary compliance. Bila orang rasa diperlakukan tak adil dan dicurangi oleh gomen, walaupun mereka comply selama ini, maka kepercayaan mula retak. Bila kepercayaan retak, kos penguatkuasaan naik sebab kena ligan syarikat dan individu untuk comply. Lama-lama sistem sendiri yang rugi.

Pelabur pula membaca move sebegini sebagai signal fiskal yang negatif. Bila kerajaan tahan refund bertahun-tahun, imej yang muncul ialah kerajaan sedang control duit korporat. Syarikat besar dan pelabur luar memang sensitif terhadap signal macam ini. Dah lah rekod pelabur luar beristiqamah keluar dar pasaran Malaysia, ini lagi menghalau-halau lagi.

Dan macam biasa, pemain paling kecil lah yang paling terkesan. MNC mungkin masih boleh bertahan. Tapi SME, freelancer, profesional kecil, semua ini sangat bergantung pada daily cashflow. Bila refund besar hanya masuk 5%, lwpas tu 10%, kemudian balance nya dalam 4 tahun kemudian.. Jangan sembang nak grow, nak survive pun jenuh.

Akhirnya, pertumbuhan negara pun akan jadi slow. Ekonomi negara berkembang apabila duit bergerak kepada pihak paling produktif. Bila kerajaan control modal rakyat sampai bertahun-tahun, maka ekonomi menjadi perlahan dan aktiviti pasaran lembap. Ini basic ekonomi 101.

Sebab itu ramai geram. Sebab ini bukan isu proses lambat, ini dasar yang kacau seluruh ekosistem ekonomi.

Rakyat bayar cukai tepat masa. Kerajaan juga sepatutnya membayar balik tepat masa. Sistem yang adil memerlukan 2 hala, bukan satu pihak terpaksa menunggu dan satu pihak meminta kita faham.

Kalau kerajaan mahu keyakinan rakyat pulih, refund cukai tidak boleh dijadikan pinjaman percuma. Noktah

 
Back
Top
Log in Register