BTC USD 80,293.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lawan Riba dengan Riba ?

Salah satu komen drpd page FB kongres Athari..

Aku kira ini pendapat yg sederhana.. Menilai antara apa yg perlu.. Demi menjaga diri sendiri..

289edit.jpg


Bila kita terlibat dgn riba ni.. Kita dikira seolah2 berperang dgn Allah..

Lagi parah kesan riba keatas diri dan keluarga..

Benda ni x ramai nak bincangkan.. sebab impaknya jdi tamparan kpd diri sendiri..
 
Walaupun nmpk lawak..
Yahudi pun tak buat riba sesama mereka..

kita orang islam..
nak menjauhi riba.. kita buat akad jual beli, tp kita manipulate jdi riba secara halus..

Aku kira akadnya selesai..
menang dkt penghujah perbankkan islam..

Tp outcome/impak nya mcm mana ?

Sama2 tindas orang islam.. ?
adakah memadai membezakan akad semata2..

Mana selling point ? Kata perbankkan islam membantu orang islam jauhi riba, mcm mana dari sudut impak kpd orang islam ?

takda.. diorang cuma ckp, kami ni institusi perbankkan islam.. Kami bukan institusi kebajikan.. Kami kena buat keuntungan..

So berapa billion perbankkan islam nak continue rakus sediakan riba secara akad, kemudian continue menindas orang islam ?

3883-edit.jpg
 
Aku bawa satu komen yang mempersoalkan ttg masalah keraguan dalam perbankkan islam vs keharaman bank konventional..

Dia ada point bahawa, antara kita nak pilih yang kurang mudarat ? Kita nak pilih yg mana ?

Utk mereka yg mampu, kena elakkan kedua2nya..

Korang x leh ambil kedua2nya..

---

Kemudian skrng kita berada di situasi tak mampu, terpaksa, darurat..

Korang nak ambil yg mana ? Konventional ? atau Islamic ?

So pada pandangan aku, ambil yang paling rendah ribanya.. tp kena faham.. Sekiranya kita nak ambil riba, kita xleh ambil secara melampau..

Memadai sekadar keperluan asas yang kena pada tujuan nya..

Sebab tindakkan ini ada kesan nya.. Kepada diri sendiri, keluarga, orang sekeliling..


5235dit.jpg
 
Menarik salah satu komen di fb ust noor derus..

Persoalan nya :

Adakah kita benar-benar membina sistem ekonomi islam atau sekadar mencipta versi "halal look alike" agar umat islam berasa selesa berhutang tanpa was was ?

---

Persoalan aku..

Kita kena berfikir, apakah kemudahan perbankkan islamic ini menyebabkan orang islam ambil riba secara rakus ?

Perbankkan islamic dah jdi enabler untuk menghalalkan riba itu sendiri secara halus..

Sehinggakan.. Orang islam dah tak nak berfikir untuk membangunkan struktur ekonomi cara islam sebenar..

Orang islam cuma nak tunggang perbankkan islamic demi menghalalkan riba..

Ini big question, kita bincang tgk.. Impak kedepan nnt jdi apa ?

t5840.jpg
 
Hidup kat bumi ni kena berkerja, cari duit sara diri.....kalau berkerja pun malas, berkerja ala kadar, tapi nak beli macam-macam, memang la terjebak hutang dan di'riba'kan.

Cuba kerja lebih sikit, jimat duit, tak hisap rokok dan vape, jangan suka-suka bagi pinjam duit kat orang, so, duit pun akan cukup la.......kikikikiki
 
Hidup kat bumi ni kena berkerja, cari duit sara diri.....kalau berkerja pun malas, berkerja ala kadar, tapi nak beli macam-macam, memang la terjebak hutang dan di'riba'kan.

Cuba kerja lebih sikit, jimat duit, tak hisap rokok dan vape, jangan suka-suka bagi pinjam duit kat orang, so, duit pun akan cukup la.......kikikikiki

xde spe nk beli mcm2..
kau ambil average kebanyakkan dh la..
gaji 3k sebulan..

nak beli motosikal ?
nak beli kereta axia ?
nk beli rumah kos rendah ?

semua kena hutang..
logik je..

---

Kemudian ada org ckp, sewa smpi mampos..
naik bas, beli motor second, beli kereta second..

:ROFLMAO:

Tak berlaku begitu..
kita akan start untuk nak ada rumah sendiri, nak ada kenderaan yg lebih selesa dll..

So kita semua akan hutang..
 
Back
Top
Log in Register