BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

lawak politik

Zul34

Super Active Member
Messages
6,958
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,958
Reaction score
15
Points
65
Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan

malam awak doakan saya tak selamat?


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata

selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini

meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu

nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu

sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat,

lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.


Murid : (senyap)




Cikgu : Pandai!

Murid : *****!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : *****!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, *****!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua ***** sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, *****!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : ******* kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
 
dah ada dah tapi lawak yang creative jugak.. >:) >:) >:)
 
tu la..len kali jd cikgu jgn selalu mrh2..sekali kena ngn murid cmtu padan muke..hahaha
 
dh ckgu plak yg bngang..dh tau ank mrid lg bijk nk mrh2..
hehehe
 
Back
Top
Log in Register