BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,344.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Latihan Digital, Internet Lebih Baik Pacu Potensi Kampung Istana

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,720
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,720
Reaction score
97
Points
80

Latihan Digital, Internet Lebih Baik Pacu Potensi Kampung Istana​

e2924a25c0616284c05f3b7e90fc40e26a49ccf9b0f76

ba611bb47143ed5dfafec026198b9fa96a49cd0aa36b2


Penduduk Kampung Istana di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram menyambut baik hasrat Kementerian Komunikasi untuk membantu membangunkan potensi ekopelancongan kampung itu menerusi latihan pemasaran digital serta penambahbaikan capaian Internet.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Istana Abd Jalil Ali berkata inisiatif itu amat bermakna kepada kira-kira 1,300 penduduk di kampung berkenaan, khususnya dalam usaha menjana ekonomi komuniti setempat.

Beliau berkata walaupun Kampung Istana terletak di tengah-tengah bandar Batu Pahat, identitinya sebagai kampung tradisional masih dikekalkan sejak mula dibuka pada 1910-an, selain mempunyai tarikan tersendiri kerana berdekatan kawasan rekreasi seperti Bukit Banang dan Bukit Soga.

“Kami memang teruja apabila Kampung Istana dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi tahun ini. Dengan sokongan latihan pemasaran digital, Internet lebih baik dan kemudahan yang dinaik taraf, kami harap kampung ini dapat lebih dikenali sebagai kawasan yang berpotensi untuk ekopelancongan.

“Penduduk di sini juga boleh mula belajar cara mempromosikan produk, aktiviti dan keunikan kampung ini melalui platform digital, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan komuniti,” katanya ketika ditemui Bernama pada program Majlis Ramah Mesra Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersama penduduk Kampung Istana di sini semalam.

Fahmi pada majlis itu berkata Kampung Istana berpotensi dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan dengan sokongan latihan pemasaran digital kepada usahawan tempatan serta capaian Internet yang lebih baik bagi menjana ekonomi penduduk.

Abd Jalil berkata pemilihan Kampung Istana sebagai Kampung Angkat MADANI turut memberikan manfaat langsung kepada penduduk apabila beberapa kemudahan awam, termasuk balai raya kampung telah dinaik taraf.

Beliau berkata menerusi pelaksanaan kampung angkat itu, balai raya berkenaan dinaik taraf dengan kemudahan asas lebih baik, termasuk tandas, stor, struktur bangunan lebih kukuh serta kerja luaran dan kemasan yang lebih moden.

 
Back
Top
Log in Register