cite le c kit pengalaman ber ut pn.....sy mmg perlukan pengalaman n cite2 dr pelabur ut.....
antra sbb utama.....tk de kepentingan komisyen ke apa.....
sbb arah tuju nye nak kenutgn utk diri ats pelbrn yg tlh d bt....
Tidak ade ape sgt yg nak di ceritakan. Dan tidaklah sehebat mana pon pengalaman saya. Saya org biasa2 dan bkn berlatar-belakang-kan jurusan kewangan.. Saya hanyalah org teknikal.. Mungkin sama seperti Tuan Ikeda yg berteknikal di sektor perkilangan, saya pula berteknikal di sektor telekomunikasi.
Pertamanya.. Bila terbuka hati nak saya tahu ape itu UT then saya mulakan dgn Kalimah "Bismillah".. cuba dptkan info ttg UT.. Ape itu UT..??? Bagaimana perjalanan/struktur UT...??? Bila bercakap ttg Dividen/Bonus/Pecahan_Unit... ape sume benda tuh...??? so kenalah cari maklumat tuh samada di atas talian atau tanpa talian.
Keduanya.. Bila dah tahu ape itu UT, barulah saya sedar kewujudan perkataan "portfolio". Dan baru ler saya tahu apa itu portfolio dlm pelaburan. Al-maklumlan saya bukan org dlm jurusan kewangan. Pastinya portfolio kita bebeza.. Jadi kenal-pastikan kedudukan portfolio kita.. portfolio kita tak sama.. Bila dah kenal pasti portfolio kita, barulah kita boleh anggarkan berapa peratus dari kedudukan kewangan kita utk di laburkan pada UT nih..
Ketiganya.. Bila dah bersedia nak melabur.. buat ler kajian atas fund-fund yg kita minat.. baca ler prospektusnya.. kaji ler saiz dananyer & pelaburan2nya. nengok jugak prestasi fund tersebut semasa ekonomi OK dan semasa ekonomi KO. Boleh jugak rujuk kat agen UT sebagai panduan. Bagi yg muslim.. PASTIKAN ianya patuh syariah.
Keempatnya.. Kalu dah sedia ngan fund yg kita minat... ni lah yg susah nak advise...
TIMING... sbb kita tak tau is it the right time or not..??? TETAPI... Jika merancang utk pelaburan jangka panjang.. >5 years.. bedal aje ler... dan konsep DCA boleh diguna pakai.. TETAPI diINGAT kan sekali lagi.. hanya utk pelaburan jangka panjang... Carta UT akan pasti UP-DOWN-UP-DOWN & so on... DiINGATKAN juga Walaupun utk jangka masa panjang.. kita harus mengikuti perkembangan ekonomi semasa kerana pelaburan itu adalah duit kita.. Mungkin keadaan semasa boleh memberikan pulangan yg betul2 tinggi ataupun keadaan semasa nilai UT itu telah mencapai maltamat yg kita tetapkan.. Aper lagik.. kasik jual ler... Buat yg matlamat utk jangka pendek.. minta maaf yer.. saya tak berani nak advise.. pengalaman saya belum cukup power lagik.. Ade ler sedikit pengalaman meraih keuntung yg agak besar.. di mana saya cuba melabur sewaktu ekonomi dunia yg sedang menjunam sekitar 2008/2009 dgn mempraktik kata2 seorang pelabur terkenal "Be Greedy When Others Are Fearful" dan hasilnya saya tuai ke hari ni. TAPI diINGATKAN.. jgn ler sumbat semua pelaburan kita kat situ jek.. Itulah pentingnya kita mengetahui Portfolio utk diri kita sendiri bagi tujuan pengurusan risiko pelaburan kita.
Dan saya juga kurang bersetuju dgn pendekatan yg mencanang sesuatu pelaburan dgn sekian
(% Peratusan keuntungan) walaupun mengatakan ianya adalah patuh syariah sepenuhnya sedangkan we will never know what will happen ahead. Untung ATAU Rugi..??? No one knows...
Saya bersetuju utk kita mempelbagaikan pelaburan kita berdasarkan kedudukan portfolio kita..
Bagi saya..
1. Tabung Haji - My Main fund.. All cash in here.
2. ASB - OPM (Teknik Tuan Ikeda)
3. Gold - Some percentage depending on my own portfolio. Tapi sume kat Kuwait Finance House. Org rumah pulak tak berapa minat emas kuning.. so belikan yg basic jewelleries aje ler.
4. UT - Some percentage depending on my own portfolio. Currently Stopped investing. 3 funds are still working for me. 2 funds are working very well but keep under observation memandangkan world economy yg tak berapa OK. 1 fund is working fine but so-so & not very well.
5. REITs - Tengah dok study lagik..
6. Forex/Share - Rejected sbb tak sesuai ngan portfolio saya.
Agak2 nyer saya boleh jadi UT agent yg BERKALIBER tak suatu hari nanti..???