Tutuplah Aibmu Sebagaimana Allah SWT Telah Menutupnya
Setiap kita pasti memiliki masa lalu atau cerita kehidupan yang dilalui. Terkadang masa lalu itu begitu indah untuk dikenang namun ada kalanya menyedihkan. Kenapa menyedihkan? Kerana masa itu mungkin dipenuhi dengan dosa dan kemaksiatan meskipun tidak ada orang lain yang tahu kerana Allah Azawajal telah menutupi aib dan masa lalunya tersebut.
Boleh jadi Allah menutupi aibnya rapat-rapat untuk memberi kita kesempatan kembali kepada jalanNya dan menjaga kemuliaan diri kita di hadapan manusia. Kerana itu ketika kita memiliki aib di masa lalu, tutuplah rapat-rapat apa-apa yang telah ditutup Allah dari pandangan manusia meski dia adalah pasangan hidup kita sekalipun. Kerana itu bahagian dari bentuk penyesalan dan taubat untuk mendapatkan ampunan Allah, insyaAllah.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:
عَنْ أَبَي هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ
Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu ia berkata : Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
" Setiap ummatku dimaafkan, kecuali al Mujahirin.
وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْه
Dan sesungguhnya termasuk al mujaharah adalah seorang yang bermaksiat pada malam hari kemudian pada pagi harinya dia bercerita padahal Allah telah menutupinya.
ِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
Ia berkata : “Wahai fulan, aku telah melakukan hal ini dan hal itu.” Allah telah menutup (aib)nya pada malam hari dan ia membukanya pada pagi harinya"
(Shahih Al-Bukhaariy no. 6069