BTC USD 118,246 Gold USD 3,350.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Larangan Menjaharkan Maksiat

Sponsored Post

Larangan cerita Aib Sendiri

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Semua umat diampuni, kecuali orang-orang yang menyebarkan perbuatan maksiatnya. Orang yang suka membuka aib sendiri adalah orang yang apabila ia melakukan suatu dosa pada malam hari, kemudian Allah Ta'ala menutupinya sampai pagi hari, tapi orang itu berkata, 'Wahai fulan, aku telah melakukan ini dan itu tadi malam,' padahal ia telah tidur dan aibnya telah ditutupi oleh Allah, tapi pada pagi hari itu, ia malah membuka aibnya sendiri."

[Bukhari, kitab al-Adab (6069) bab: Sitr al Mukmin 'ala Nafsihi. Dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab az-Zuhud (2990) (52) Bab: an Nahyu 'an Hatki al Insan sitra Nafasihi]
 
1000497209.jpg


LARANGAN MENJAHARKAN MAKSIAT

“Sekiranya seseorang diuji oleh Allah S.W.T dengan maksiat, hendaklah dia berusaha menyembunyikannya dan memperbanyakkan taubat.”

Dalam kehidupan, setiap daripada kita pasti pernah diuji dengan perkara yang menguji iman. Namun, penting untuk kita menjaga aib dan tidak menyebarkan keburukan diri kepada orang lain.

Ingatlah, Allah Maha Penerima Taubat dan Dia sentiasa membuka pintu keampunan bagi mereka yang benar-benar ingin kembali kepada-Nya.

Jom kita sama-sama berusaha memperbaiki diri dan menjauhkan diri daripada mendedahkan maksiat.
Org sekarang bangga dedah dosa...alasan...utk kesedaran....
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register