ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MALAYSIA Building Society Berhad (MBSB) memperkenalkan produk dan perkhidmatan khusus kepada kanak-kanak melalui pembukaan cawangan pertama MBSB Kids Fun dengan konsep serba baharu di IOI Mall, Puchong.
Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Datuk Ahmad Zaini Othman berkata, cawangan baharu MBSB Kids Fun akan beroperasi seperti cawangan-cawangan MBSB yang lain.
“Sebagai penambahan, cawangan ini akan mempunyai rangkaian produk dan perkhidmatan unik khusus bagi memenuhi keperluan pelanggan kanak-kanak sedia ada atau yang baharu,” katanya selepas majlis pelancaran cawangan itu, kelmarin.
Menurutnya, pembukaan cawangan Kids Fun merupakan sebahagian usaha mengembangkan segmen kanak-kanak.
Katanya, ini secara tidak langsung akan mengukuhkan jenama MBSB secara menyeluruh dalam menerajui pasaran pembiayaan runcit inovatif tempatan.
Antara ciri ditampilkan adalah kemudahan perbankan dilengkapi kawasan permainan bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
“Terdapat juga aktiviti interaktif mingguan kepada kanak-kanak bagi meningkatkan kesedaran dan tahap celik kewangan dalam kalangan generasi muda.
“Menerusi aktiviti seperti ini, kami harap dapat mendorong serta memupuk budaya menabung dengan cara menyeronokkan dan santai,” katanya.
MBSB merancang membuka dua cawangan serupa di Pulau Pinang dan Johor akhir tahun ini.