ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Pengasas produk Lamera, Yusriana dan Intan Ladyana sasar 100,000 unit jualan tahun ini.
PENGELUAR produk minuman kecantikan dan kesihatan berasaskan buah-buahan organik, Intancity Marketing menerusi jenama Lamera menyasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa terutamanya di Dubai berikutan potensi pasarannya yang tinggi.
Pengarah Urusan Intancity dan pengasas produk, Intan Yusriana Mohamat Yahaya berkata, sebuah syarikat yang berpangkalan di Dubai berminat mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 unit produk Lamera.
“Sekiranya segala urusan berjalan lancar, Lamera akan berada di pasaran antarabangsa dalam tempoh terdekat,” katanya selepas majlis pelancaran Lamera di Kota Damansara, kelmarin.
Menurutnya, Lamera yang sudah berada di pasaran tempatan sejak 11 November tahun lalu, turut menyasarkan untuk membuka 30 stokis seluruh negara tahun ini.
“Setakat ini kami mempunyai kira-kira 10 stokis di Semenanjung Malaysia termasuk satu di Wilayah Persekutuan Labuan. Kami berhasrat menambah 30 lagi stokis seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak selain menarik lebih ramai pengedar atas talian (online).
“Dengan pelaburan RM148,000, kami jangkakan 100,000 unit mampu dijual tahun ini,” katanya.
Intan berkata, Lamera menjalani 24 bulan proses pembangunan dan penyelidikan (R&D) dengan pakar nutraseutikal dari Switzerland dan pakar nutrisi tempatan bagi mendapatkan formula terbaik.
Sementara itu, pelakon terkenal Intan Ladyana yang juga pengasas bersama berkata, Lamera dihasilkan menggunakan bahan organik sepenuhnya dari Switzerland berfungsi memulihkan kulit dari kerosakan akibatkan sinar UV matahari dan debu.
“Selain itu Lamera juga berfungsi menghilangkan garis halus, memulihkan keanjalan kulit dan mengurangkan keguguranrambut. Ia juga sangat bagus untuk kesihatan tulang, sendi, rambut, kuku dan bibir,” katanya.