BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laman Max Malaysia Mula Aktif - Era HBO Go Semakin Hampir Tamat

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
HBO Go akan digantikan dengan perkhidmatan Max di Malaysia sebelum berakhirnya 2024. Pengumuman dilakukan oleh wakil Warne Bros. Discovery selepas Max dilancarkan di Jepun. Minggu ini pautan laman web Max Malaysia mula aktif dan hanya memaparkan teks “Coming Soon” yang memberikan petunjuk paling jelas pelancarannya semakin hampir.

Warner-Bros-Discovery-Max-HBO-Go-950x535.jpg.webp


Antara kelebihan Max berbanding HBO Go ialah sokongan resolusi 4K dan kandungan yang lebih banyak kerana turut menyertakan kandungan saluran Discovery. HBO Go ialah satu-satunya perkhidmatan penstriman dari barat yang masih hanya menawarkan kandungan pada resolusi maksimum 1080p. Max dilancarkan pada tahun 2020 sebagai HBO Max sebelum namanya ditukar kepada Max selepas Warner Bros. dan Discovery bergabung.​
 
apa yang best max ni...netflix pun tak tertengok dah
 
Max Akan Di Lancarkan Di Malaysia Pada 19 November Dengan 3 Pelan Langganan

Sudah bertahun lamanya kami menantikan kehadiran HBO Max ke Malaysia. Kini dengan nama Max, ia akhirnya bersedia menggantikan HBO GO yang telah disahkan akan tiba ke Malaysia tahun ini. Hari ini, Warner Bros. Discovery mengumumkan Max Asia akan boleh diakses di Malaysia bermula 19 November. Max turut akan dilancarkan di Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Hong Kong. Melalui pelancaran aplikasi Max di pasaran Asia Tenggara, tiga pelan langganan akan diperkenalkan iaitu Mobile, Standard atau Ultimate. Buat masa ini harga langganan masih belum didedahkan. Berikut adalah butiran pelan untuk jumlah peranti yang boleh digunakan, kualiti penstriman dan jumlah video yang boleh dimuat turun untuk tontonan luar talian.
Pelan​
Peranti​
Resolusi​
Muat Turun​
Mobile
1​
HD​
15 video​
Standard
2​
HD Penuh​
30 video​
Ultimate
4​
4K UHD dan
Dolby Atmos​
100 video​

Untuk Mobile, di Malaysia ia hanya akan ditawarkan melalui kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terpilih. Laman web Max.com dan aplikasi akan tersedia pada 19 November berserta dengan harga langganan.

Max-in-Southeast-Asia-Taiwan-and-Hong-Kong_Brand-Quilt_A5.webp


Untuk Max, Warner Bros. Discovery menyatakan kandungan dunia Harry Potter, DC Universe, Cartoon Network, Max Originals, saluran-saluran Discovery, TLC, AFN, Food Network, dan banyak lagi boleh diakses. Sitkom Friends, siri TV Dune: Prophecy dan IT: Welcome to Derry turut akan tiba serentak dengan tarikh siaran di Amerika Syarikat. Max turut akan menawarkan pengalaman penggunaan berbeza dengan HBO GO. Misalnya, satu akaun akaun menyokong lima profil berbeza dengan senarai main dan koleksi kandungan kegemaran tersendiri.​
 
Back
Top
Log in Register