BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Netflix Secara Rasmi Mengambil Alih Warner Bros, HBO & HBO Max

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Seperti yang diuar-uarkan sejak pagi tadi, Netflix kini secara rasmi mengambil alih perniagaan Warner Bros. Discovery yang terdiri daripada Warner Bros Television, Warner Bros Motion Picture Group, DC Studios, HBO and HBO Max serta kesemua pustaka filem dan siri TV yang pernah diterbitkan. Netflix kini pemegang IP bernilai seperti DC Comics, Harry Potter, Hanna-Barbera dan Game of Thrones. Netflix walau bagaimanapun tidak mengambil alih perniagaan Global Networks yang dipisahkan. Ia terdiri daripada perniagaan hiburan, sukan dan saluran berita CNN, TNT Sports, Discovery networks, platform penstriman Discovery+ dan Bleacher Report.
1765178925199.png

Netflix membayar $82.7 bilion (RM 340 bilion) untuk kesemua ini dalam bentuk pembelian saham serta bayaran tunai. Sekiranya tidak menerima tentangan badan anti monopoli Amerika Syarikat, pengambilalihan akan dimuktamadkan menjelang Q3 2026. Pembelian ini agak mengejutkan kerana sebelum ini Paramount Skydance dilihat sebagai syarikat yang akan memenangi bidaan kerana ingin membeli keseluruhan Warner Bros. Discovery tanpa syarikat dipecahkan. Selain itu Comcast turut menunjukkan minat tetapi di akhir hari, kesemua Great Houses of Westeros perlu membengkokkan lutut kepada House of Cards.​
 
netflixnaikharga

Netflix Meningkatkan Harga Langganan Untuk Pengguna Malaysia — Kini Bermula Antara RM19.90 Sebulan Ke RM69.90 Sebulan

aje gile

amanz.my/2026580806
 
Back
Top
Log in Register