BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lakukan hubungan seks guna jari, pengawal keselamatan dipenjara 20 tahun, 10 sebatan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
359309-359309.jpg


Lakukan hubungan seks guna jari, pengawal keselamatan dipenjara 20 tahun, 10 sebatan

KUCHING: Seorang pengawal keselamatan lelaki dipenjara 20 tahun dan dikenakan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen hari ini selepas mengaku bersalah melakukan hubungan seks dengan teman wanita menggunakan objek iaitu jarinya, tanpa kebenaran mangsa.

Hakim Musli Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 53 tahun yang tidak diwakili peguam dan didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.



Susulan maklumat tersebut, dua anggota dari Balai Polis Siburan segera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa berada dalam keadaan lemah.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Umum Sarawak bagi menjalani pemeriksaan lanjut.

Kertas siasatan dibuka dan hasil siasatan polis seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari sama sekitar jam 10 pagi.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

Polis juga mendapati tertuduh telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa sekitar jam 1.20 pagi pada hari kejadian dengan cara memasukkan jari tangannya ke dalam faraj mangsa, tanpa kebenaran mangsa.

Malah, laporan perubatan juga mendedahkan terdapat kecederaan terhadap faraj mangsa.

Terdahulu dalam prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff memohon supaya hukuman berbentuk pemenjaraan dan pencegahan dikenakan terhadap tertuduh.

Aiman memaklumkan bahawa kesalahan berkenaan bukan kali pertama berlaku terhadap mangsa dan semasa kejadian, tertuduh turut menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Selain itu, beliau turut memohon hukuman sebat dikenakan terhadap tertuduh dan mengakui bahawa Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah antara lainnya memperuntukkan bahawa hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan terhadap lelaki berusia melebihi 50 tahun.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa pengecualian diberikan kepada kesalahan di bawah Seksyen 376, 377C, 377CA atau 377E Kanun Keseksaan, yang membolehkan hukuman sebat tetap dikenakan.

Sehubungan itu, selepas meneliti semua aspek termasuk penghujahan pihak pendakwaan, pengakuan salah tertuduh, rayuan, fakta kes, keseriusan kes serta mengambil kira kepentingan awam, Hakim Musli memerintahkan tertuduh dipenjara 20 tahun berkuat kuasa semalam berserta 10 sebatan.

Hafizah Abdul Hamid
Kredit ➡️ Utusan Borneo
 
umo 53...takkan pompuan tu 50an jugak kot
 
angry bird tak hidup , tu sebab guna jari :D
 
Back
Top
Log in Register