BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, Enam Sebatan Lakukan Amang Seksual

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,703
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,703
Reaction score
97
Points
80

Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, Enam Sebatan Lakukan Amang Seksual​

e386fb5a997acec0a454fd0e7f3af33961723c6e42c65


Seorang penjaga rumah kebajikan kanak-kanak dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas sembilan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap lima kanak-kanak lelaki, hujung tahun lepas.

Hakim Ho Kwong Chin menjatuhkan hukuman penjara itu terhadap Retna Velu, 25, selepas dia mengekalkan pengakuan bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan semula dalam Bahasa Tamil pada prosiding hari ini.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 3 April lepas.

Mengikut sembilan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa melakukan kesalahan itu terhadap lima kanak-kanak lelaki berumur antara lapan hingga 13 tahun di pusat jagaan kanak-kanak sebuah pertubuhan di Batu Caves, antara November 2025 dan 27 Mac 2026.

Bagi kesalahan melakukan amang seksual fizikal, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesalahan melakukan amang seksual bukan fizikal pula mengikut Seksyen 15 (a)(i) dan Seksyen 15 (a)(ii) akta sama, yang berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis selepas menemu bual beberapa kanak-kanak di bawah jagaan rumah itu yang mendedahkan mereka didera secara seksual oleh tertuduh.

Kebanyakan kesalahan dilakukan selepas tertuduh mengejutkan mangsa daripada tidur pada waktu malam dan melakukan perbuatan itu di pelbagai bahagian rumah kebajikan termasuk bilik tidur, tandas dan dapur.

Selain itu, tertuduh juga mengugut agar kesemua mangsa merahsiakan kejadian tersebut dan tidak menceritakannya kepada sesiapa.

 
Back
Top
Log in Register