BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lain macam! Rossa, Heal Husaini duet lagu raya

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
rossa-hael-husaini.jpeg

ROSSA dan Hael menyanyikan lagu Meriah Lain Macam pada konsert Rossa Here I Am yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam.

"Lain macam! Rossa, Heal Husaini duet lagu raya" KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa membuat kejutan apabila menyampaikan lagu raya Meraih Lain Macam duet bersama Hael Husaini di konsert Rossa Here I Am yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, semalam.

Menurut Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani, 47, dia sangat menyukai lagu dendangan Hael dan Nadeera Zaini itu serta mahu menyanyikannya bersama Hael di konsertnya.

“Saya tanya Hael boleh tak saya nak menyanyi lagu ini. Dia kata tak boleh sebab ini lagu raya. Tetapi saya kata kenapa kita tak boleh merayakan setiap hari. Saya sangat suka lagu ini dan mahu menyanyikannya,” katanya.

Sementara itu Hael pula berkata, dia terkejut apabila Rossa meminta untuk berduet lagu tersebut dengannya sedang dia punya banyak lagi lagu lain.

“Saya ada lagu Jampi, Haram, Hajat dan banyak lagi. Sekali Rossa cakap nak lagu ‘Sayang …’ ( Intro lagu Meriah Lain Macam). Anda boleh bayangkan tak macam mana saya rasa. Tetapi tak mengapa, untuk konsert Datuk Rossa saya terima,” kongsinya.

Persembahan Meriah Lain Macam gandingan Rossa dan Hael nyata berjaya memukau seluruh penonton di Axiata Arena. Namun mereka menukar lirik hari hari raya kepada konsert Rossa.

Selain Hael, beberapa lagi artis tempatan turut diundang antaranya Ernie Zakri, MK K-Clique, Mary Grace, Zazleen dan Kai Deva.

Rossa turut mengundang dua artis Indonesia iaitu Ariel Noah dan kumpulan The Ladies.

Sewaktu menyampaikan lagu-lagu tribute khas untuk Biduanita negara, Datuk Seri Nurhaliza, Rossa dikejutkan dengan nyanyian penyanyi nombor satu negara itu yang menyanyikan secara spontan dari tempat duduknya.

Pada konsert yang berlangsung selama tiga jam itu, Rossa menyampaikan rangkaian lagu hits seperti Pudar, Atas Nama Cinta, Ayat-ayat Cinta dan Hey Ladies.

Konsert Rossa Here I Am merupakan anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran Sah Entertainment. – KOSMO ONLINE
==============================
Wow, duet lagu raya kat konsert? Memang lain macam betul Rossa ni. 😂 Suka2 je buat surprises. Kalau follow Instagram dia nampak macam happening setiap masa, admire jugaklah semangat dia!

 
Back
Top
Log in Register