TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Datuk Bandar Bandung, Ridwan Kamil (kiri) mendukung bayi perempuan milik Yuliana dan Budi yang selamat dilahirkan ketika puting beliung melanda rumah bidan di wilayah itu, baru-baru ini.
BANDUNG, Jawa Barat – Seorang wanita mengalami detik-detik cemas ketika melahirkan bayi pertamanya apabila rumah bidan yang menyambut kelahiran bayi itu diterjah angin puting beliung di sini, baru-baru ini.
Wanita terbabit yang dikenali sebagai Yuliana, 30, berkata, anak pertamanya itu bagaimanapun lahir dengan selamat dan sihat walaupun dia diselubungi kebimbangan sepanjang bencana melanda rumah bidan berkenaan.
“Sebaik melahirkan bayi, angin kencang membadai rumah berkenaan sehingga menyebabkan atap berterbangan, memaksa saya menguatkan semangat untuk keluar dari rumah itu dengan mengendong anak dengan kuat walaupun masih berlumuran darah.
“Malah, saya terpaksa mengharungi detik cemas itu seorang diri kerana bidan terbabit telah lari menyelamatkan diri apabila puting beliung melanda rumahnya,” kata Yuliana kepada tribunnews.com.
Suami Yuliana, Budi, 28, pula berkata, dia tiada di sisi di tempat kejadian kerana bekerja dan fikirannya sentiasa memikirkan keselamatan isteri dan anak pertamanya itu ketika bencana melanda.
“Perasaan saya ketika itu sangat bimbang tetapi apabila dimaklumkan mereka berdua sudah selamat, saya berasa sangat lega,” katanya.
Dalam kejadian puting beliung itu, seorang penduduk di timur Bandung disahkan terbunuh dan beratus-ratus rumah rosak akibat dipukul angin kuat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...a-puting-beliung-1.41282#sthash.KL8L4yRD.dpuf