BTC USD 82,703.9 Gold USD 4,190.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

lagi rasuah.....

matttiya88

Active+ Member
Messages
3,171
Joined
Mar 21, 2008
Messages
3,171
Reaction score
245
Points
43
Seorang wanita turut ditangkap SPRM kerana disyaki terbabit politik wang

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 ahli Umno, termasuk seorang wanita, berhubung kegiatan politik wang, dalam beberapa siri serbuan di sekitar Maran dan Temerloh, Pahang malam kelmarin.

Ahli jawatankuasa Umno bahagian berusia antara 30 hingga 50 tahun itu, dipercayai perwakilan bahagian yang akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno, Mac ini, dikatakan diberikan wang antara RM300 hingga RM500 seorang.

Tanpa mendedahkan lokasi serbuan itu, sumber SPRM berkata, pembahagian wang itu dikatakan atas arahan seorang Ketua Umno Bahagian berusia sekitar 40-an yang akan bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi.

Difahamkan, wang berkenaan sebagai sogokan supaya mengundi ahli politik itu pada pemilihan parti Mac ini. SPRM kini dikatakan menunggu masa yang sesuai untuk menahan Ketua Umno Bahagian berkenaan bagi membantu siasatan.

Sumber itu berkata, kecuali seorang lelaki, semua yang ditahan kelmarin dibebaskan semalam dengan jaminan SPRM selepas mereka memberi keterangan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau juga enggan mengulas mengenai bila ahli politik berkenaan akan ditahan untuk membantu siasatan.

Akhbar semalam melaporkan seorang Naib Ketua Umno Bahagian di Perak dan dua ejen calon Ketua Umno Bahagian, masing-masing di Pahang dan Melaka menjadi kumpulan pertama yang akan didakwa bersabit kes rasuah politik sejak SPRM beroperasi 1 Januari lalu.

Ketiga-tiga mereka akan didakwa hari ini mengikut Seksyen 10 (b) Akta SPRM 2008 yang boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, mana lebih tinggi.

Shukri sebelum ini dilaporkan berkata, SPRM juga sudah menyelesaikan beberapa lagi kes dan sedang dipertimbangkan untuk tindakan lanjut. Selain kes di peringkat bahagian, SPRM juga sedang menyiasat kes peringkat Pusat.


ni la akibat x ikut ajaran islam yg sebenar....#:-S#:-S
undilah PAS:)cgrock
Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)
 
dah sebati dah rasuah ni ngn idup diorang...

kaya sementara...tapi tak berkat..tuhan bleh tarik sekelip mata je..

amik iktibar tragedi bukit antarabangsa..
 
umno sdg membersihkan zombi zombinye di peringkat bawahan :))

p/s: yg duk kat atas tu masih selamat :))
 
umno sdg membersihkan zombi zombinye di peringkat bawahan :))

p/s: yg duk kat atas tu masih selamat :))

insyaAllah.....

atas, bawah, tengah-tengah, kanan atau kiri tidak akan selamat dari api neraka kecuali mereka2 yang beriman.....:)
 
hehehe....

ramai lagi yang patut kena tangkap...

yang atas pun ada gak, tapi tak leh nak tangkap sebab diaorg tak bagi, yang bagi proksi... jadi, proksi2 ni la yang kena tangkap.

kesian proksi ni.. tu la.. jadi pak turut lagi.. kan dah kena...
 
Buat malu org kampung jek...ceh! pHuuuith!!!
 

Latest Threads General Chat

Back
Top
Log in Register